Assalamualaikum Wbt. Seronok rasa
hari ni. Isu semalam yang aku bincangkan dah ada jawapan hari ni. Kisah seorang
cikgu nak hantar murid balik India dengan Cina pun kira macam dah selesai. Dia akan
minta maaf secara terbuka Isnin nanti depan perhimpunan di sekolah nya. Ikut link
ni http://my.news.yahoo.com/principal-admits-making-balik-india-china-jibe-045536628.html.
Kira ok la kalau dah selesai. Polis pun dah keluar kenyataan hari ni. Alhamdulillah.
Kisah yang kedua, pasal video
anjing beraya, seorang perempuan melayu bernama Maznah Mohd Yusof, atau
dikenali sebagai Chetz telah ditahan dan
didakwa melanggar Seksyen 298A Kanun Keseksaan. Itu menurut peguamnya
Latheefa Koya. Link untuk kisah ni ialah http://my.news.yahoo.com/principal-admits-making-balik-india-china-jibe-045536628.html.
Tengok sikap orang sekarang yang tak berapa sensitif. Tak pasal-pasal
kebanyakan orang mempersoalkan video ni dan membuat komen seolah-olah
penghinaan datang dari bukan Islam. Lantaran dari tuduhan melulu ada pihak
ambil kesempatan. Orang kuat DAP, Lim Kit Siang meminta TPM turun padang minta
maaf kepada bukan Islam. Kan dah jadi isu politik. Lagipun peguam yang di
sebutkan tadi, Latheefa Koya pun merupakan penasihat undang-undang PKR. Lagi lah
kerja orang politik, http://my.news.yahoo.com/apologise-non-muslims-overreaction-dogs-aidilfitri-video-dpm-100300874.html.
Cerita pasal orang kita, tak kira
bangsa apa mula tak sensitif banyak juga. Contoh kisah pengasas AM Bank, Hussain
Ahmad Najadi yang ditembak mati beberapa hari lepas di Kuala Lumpur.
Arwah dilempar dengan pelbagai tohmahan yang tak berapa sedap dengar. Warga
Bahrain ini kebetulan mempunyai isteri warga Malaysia, disebut namanya sebagai
seorang berbangsa Cina. Dari nama isteri Arwah timbul pula yang beliau
berketurunan Iran dan menganut Syiah. Sesungguhnya biar Allah mengadili beliau.
Kita sendiri belum tahu kita di mana di sisi Allah, maka jangan kita menjadi
pengadil kepada yang lain. Allahu a’lam. Sekian wassalam.