Tuesday, 29 May 2012
Wednesday, 23 May 2012
RAMA-RAMA DAN KUPU-KUPU
Indahnya dunia ciptaan Tuhan ini, saya suka berjalan dan melihat makhluk-makhluk yang kadang-kadang kita tidak peduli pun. Suatu hari saya melihat seekor kupu-kupu yang cantik terbang dan akhirnya terbakar melanggar api. esoknya saya terus mencari dan melihat rama-rama (keluarga agaknya dengan kupu-kupu). Bukan untuk kajian pun, cuma sekadar suka-suka. Kalau nak diikutkan kira hobi jugak lah.
Setelah hari-hari yang tak berapa indah itu berlalu, saya pun mula minat dengan dunia rama-rama ini. dari segi Sains semua rama-rama dan kupu dalam Class Insecta dan Order Lepidoptera.
Banyak Spesies rama-rama yang dikenal pasti, memang banyak kajian mengenai rama-rama dibuat kerana banyak peminat rama-rama ni. Mari kita sama-sama lihat apa yang menarik dan tak menariknya Rama-rama.
1. ANISE SWALLOWTAIL
Dinamakan sedemikian mungkin kerana bentuk ekornya seperti burung layang-layang. Nama melayu tidak ada kerana spesies ini hanya terdapat di British Columbia, North Dakota, Semenanjung California dan sebahagian Mexico. dari Family Papilionidae dan Genus Papilio. Nama penuh saintifiknya P. zelicaon atau Papilio zelicaon.
Nampak macam pernah nampak saja. Tidak sayang. Kat kampung awak tak ada spesies ni. jadi jangan mimpi lah.
2. CABBAGE WHITE
Jenis yang kedua pula ialah sejenis kupu-kupu, rasa saya lah. Biasanya kalau kurang cantik kita panggil kupu-kupu saja kan? Family Pieridae, Genus Pieris, nama penuhnya Pieris brassicae, atau biasa ditulis sebagai P.brassicae.
Agak menarik juga kupu-kupu ni, jenis ini banyak terdapat di Afrika Utara, Eropah, Pergunungan Himalaya dan Asia. Yang ni agaknya memang pernah jumpa. Bagi yang pernah, emailkanlah gambar kat saya. mungkin warnanya tak putih sangat kerana biasanya kalau orangpun kena panas tak berapa putih kan?
3. COMMON BRANDED SKIPPER
Dengan sayap kembar nampak macam tak menarik pun. Badannya pun besar dan tidak menarik seperti dua spesies awal tadi. Dari Family Hesperiidae dan Genus Hesperia dan dinamakan sebagai H.comma.
Yang ni memang tidak pernah jumpa dekat belakang rumah anda. Jenis ini biasa terdapat di Jepun, China, Artic dan bahagian-bahagian sejuk di Hemisfera Utara.
4. GREY HAIRSTREAK
Yang ini lebih cantik. Ditambah dengan gambar jarak dekat dengan bunga pink. Dinamakan grey tapi warnanya putih. Entahlah.
Dari Family Lycanidae dan Genus Strymon, spesies ini dinamakan sebagai L.melinus.
Tak payah nak ingat nama-nama spesies ni pasal itu semua kerja orang sains atau nama lainnya saintis. bagaimana pun kita nak bezakan orang dengan nama kan? Kalau ada yang buat koleksi eloklah namakan cara sains. baru kelasss.
Spesie ini banyak terdapat di sekitar Dataran Prairre.
Saya ingat nak dapat maklumbalas lah mengenai artikel rama-rama ni. dari kita mengeji mengata orang yang jelas-jelas sebahagian dari makhluk Allah lebih baik lagi kita memuji ciptaan Nya yang indah. nanti menyusul lagi spesies-spesies yang lain. Insya Allah.

Subscribe to:
Posts (Atom)