Thursday, 21 June 2012

RUKUN NEGARA (KENAPA DAN APA??)



Kenapa aku minat bercakap tentang perkara ini. Sebab aku rasa tak ramai dah rakyat Malaysia yang ambil berat hal-hal macam ni. Kalau dulu aku rajin jugak dok belek belakang buku tulis sekolah aku dulu. Kat situ ada ditulis RUKUN NEGARA. Aku hafal lah sebab ada cikgu aku dulu suruh @ paksa kami ingat. Sekarang ni aku tak pasti ada lagi tak cikgu yang macam tu lagi, Cuma yang aku pasti ada cikgu yang dia sendiri tak ingat RUKUN NEGARA. Rukun bermakna wajib. Kalau bercakap tentang rukun agama nanti orang cakap aku ustaz pulak. Cakap tentang rukun Negara ni kurang sikit lah BERATnya. Kalau tersilap boleh betulkan.

13 Mei 1969, tarikh yang semua orang di Malaysia tau. Ada sejarah hitam dalam tanah air kita. Sentimen anti kaum selain kaum sendiri digarap individu tak bertanggungjawab mula memainkan peranan. Perasaan benci menjadi lebih dari perasaan lain. Rasa kenegaraan pudar diganti rasa kekauman yang akhirnya mencetus huru-hara dan rusuhan kaum di Negara ini. Setelah agak tenteram dari peristiwa 13 Mei in Majlis Tindakan Negara merangka satu Ideologi Kebangsaan yang dinamakan RUKUN NEGARA. Akhirnya selepas kajian menyeluruh dalam semua aspek pada 31 Ogos 1970, RUKUN NEGARA dilancarkan dengan asas kepada 5 perkara, KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN, KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA, KELUHURAN PERLEMBAGAAN, KEDAULATAN UNDANG-UNDANG, DAN KESOPANAN DAN KESUSILAAN.

Aku bukan nak cerita sejarah tapi nak cerita kenapa. Kenapa diwujudkan satu ideology sebegini? Sebabnya nak mengelak perkara seperti 13 Mei 1969 berulang. Siapa yang lahir selepas tarikh itu mungkin tak tau lah apa yang terjadi. Setakat membaca kemudian mendengar cerita, mungkin tidak sehebat melihat sendiri apa yang berlaku. Aku sendiri dari generasi selepas 1969. Mari kita lihat bagaimana semua 5 perkara tadi semakin jauh dari rakyat Malaysia.
                                                                                                                                                                    
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN, memang semua orang akan mengaku dia percaya kepada tuhan. Tetapi haru diingat, apa yang tuhan suruh banyak yang tinggal, apa yang tuhan larang itu yang dibuat. Bukan saja ibadah tapi cara hidup. Ada yang mengaku cara hidupnya Addin, tetapi bila di ajak bersatu sesama ummah, itu dia tak mau bahkan larang, itukan tuntutan agama. Itu contoh yang jelas. Bila dipertikai dia jadi jawab itu dan ini penuh alasan.

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA, dulu kalau raja bertitah saja, maka rakyat ikut. A titah raja, A lah rakyat buat. Sekarang Raja yang memang di iktiraf sebagai payung bangsa kita melayu diperlekeh oleh sesetengah dari kita. Lupakah anda pada sejarah atau memang buta dalam perkara ini. Sultan Perak pernah diperlekeh, Sultan Johor akhir-akhir ini. Ini semua bukan perkara mainan, bukan perkara yang berkait dengan RUKUN NEGARA jangan dilibatkan. Lepas tu canang dekat luar Negara, kita tak punya kebebasan bersuara dan apa-apa lagi. Dah jual Negara pulak. Masalah Negara kita bukan orang lain yang kena fikir hatta tak boleh tau pun. Nak tau bayar perisik lah datang sini tengok sendiri.

KELUHURAN PERLEMBAGAAN dan KEDAULATAN UNDANG-UNDANG, ini kalau kita orang-orang Law atau bahasa lain peguam atau lawyer, sedap lah bercakap, sebab itu rajin rajin dengan YB Zulkifli Noordin bercakap. Banyak dalam you tube. Lagi Pun pemesongan banyak berlaku. Polis pun kena injak macam mana nak junjung kedaulatan undang-undang. Wahai mereka yang terpesong. Kembalilah kita untuk Negara yang sejahtera.

KESOPANAN DAN KESUSILAAN.. Kisahnya pun berjela-jela kalau nak cerita bab tak bersopannya orang kita. Banyak dah generasi baru yang biadap dan bila dah rasa pandai pasal dah mula mengutip ilmu di mana mana institusi mula berlagak tau itu dan ini. Mula tak dengar cakap orang yang lebih tua. Ingat kadang orang tua yang ada depan anda tak ada ijazah pun tapi dia sebenarnya lebih baik dari anda malah kadang lebih tinggi ilmu dari anda. Dalam diri kita sebenarnya ada sifat baik dan buruk. Kalau sifat buruk lebih dominan maka tak payah cerita yang lain-lain. Aku lihat ada kumpulan anak muda yang konon berilmu bertempik sini sana ada pula yang sampai hina orang dewasa malah Sultan pun turut jadi sasaran golongan ini. Sedarlah.. Negara ini pasti diserahkan pada anda nanti, mereka yang ada sekarang bukan menongkat langit. 70 80 nanti biasa outlah. Jarang nak sampai 100 tahun.

Ini bukan syok-syok nak tulis tapi aku sayangkan Negara aku ni. Aku cintakan tanah air yang sama kita pijak. Langit yang sama kita junjung pun kena jugak jaga. Sultan yang jadi payung bangsa kita pun kena kita pertahankan. Kalau institusi ini terhapus, bangsa kita pun terkikis, kita jadi melata atas bumi sendiri. Kita jadi imigran di tanah asal kita. Kita nanti kena pijak dan lambung dek mereka yang lebih berkuasa kerana sifat sesetengah orang kita yang tamakkan kuasa sekarang.

Tuesday, 19 June 2012

YB Zulkifli Nordin ditumbuk. (alahai santunnya bangsaku)



14 jun 2012, Taman Petaling Perdana lebih kurang pukul 12 malam, tatkala Yb Zulkifli Noordin berucap, provokasi berlaku. bila dipanggil berdepan Yb Zul pulak yang hampir ditumbuk.Orang yang menyerang tadi berpakaian macam baru balik masjid. kebetulan tempat ceramah pun tepi masjid. begitulah senario yang berlaku. Di manakah awak punya santun dan sopan? Mana tandanya awak ni Melayu. Kalau Melayu tak lah sebegitu. Yang YB Zul Cakap tu "mungkin betul" tapi dah awak tak percaya awak main laung "bohong" jer. kalau jenis yang ada akal dia balik termenung cari kebenaran. dah termenung tak keluar jawapan tanyalah sini sana, bukak internet, jangan pulak bukak internet terus percaya. Rujuk orang tu orang ni biar tau apa yang YB Zul cakap tu betul ke tak. dah tau jawapan, katakanlah didapati bahawa YB Zul bercakap 
benar, maka adalah yang telah menipu awak sebelum ni. jadi yang sepatutnya di laung perkataan bohong tu bukan YB Zul tapi yang menipu awak tadi. 

Bercakap pasal pakaian, awak pakai kopiah segala, dan agaknya dari masjid tu, mungkinlah. Awak pulak pukul orang. wow. hebatkan orang pakai kopiah siap nak tumbuk orang. Imej awak tu cantik, tapi keperibadian tak berapa cantik. bukan tak boleh nak tunjuk hebat tapi bukan dengan menjerit dan menumbuk orang. kalau dulu canang nak BERSIH, tapi perbuatan begitu bukan BERSIH namanya. kalau nak tau perbuatan anda semua tu dalam kelas "main kotor" yang memang tak BERSIH pun.

Dulu aku ni pun pernah jugak ikut reformasi. masa tu aku kesian kat bos korang yang kena tuduh macam-macam. aku jugak penah kena gas pemedih mata kat Masjid Jamek. aku jugak dok ramai-ramai dekat situ. cuma aku tak bawak lastik atau batu nak hentam polis. aku pengikut yang ingin kebenaran waktu tu. itu dulu masa aku baru nak besar walaupun memang dah buleh mengundi pun. bila masa berlalu, sedikit demi sedikit aku dapat jawapan. hal liwat tak liwat aku tak nak komen. hal peribadi aku tak nak komen. itu hak ALLAH
yang boleh menghukum. tapi aku baca jurnal, aku baca internet yang dibuat oleh sumber yang tak bias. aku lihat bebagai cerita yang tak sedap dibaca. yang paling aku sedih bab-bab jual negara. Nurul Izzah buleh cakap hal pertahanan negara kepada wartawan KOMPAS, (media indonesia) begitu juga ayahnya terang-terang mengaku kesamaan Israel dengan Palestin. maksudnya Israel jugak ditindas.

Israel, ni zaman mana pun kalau alQuran pun kutuk bangsa ni mana boleh kita yang Islam ni boleh pulak sokong. hal lain tak jelas tapi hal duit memang jelas. Sokong Israel dan anda dapat imbuhan sokongan. material dan moral. kami akan sokong anda di negara anda, kami akan bantu anda dari segi kewangan.kami akan permudahkan perjalanan politik anda. Apa maknanya ini semua. kalau bahasa mudah orang panggil JUAL. 

Aku tak dapat sesen pun tulis ni. aku jugak tak disuruh oleh sesiapapun. aku tulis bila hati aku bengkak bernanah pasal bangsa aku yang mula dijadikan alat. alat apa pun tak kisahlah tapi alat yang boleh menghancurkan bangsa aku sendiri.Kepada pejuang  yang boleh berjuang dengan kudrat teruskan perjuangan anda. kepada yang tak boleh, sokonglah mereka yang berjuang. sedarlah bangsaku. Kita dihujung tanduk. kalau lagu warisan yang dulu pernah kita nyanyikan bersama kita dah lupa. ingat lah balik ayat ini, "NENEK MOYANG KAYA RAYA, TERGADAI SELURUH HARTA BENDA, AKIBAT SENGKETA, SESAMALAH KITA, BUMI MILIK DIANCAM ORANG"

Maaf kata pembaca sekian. aku bukan orang hebat untuk dijadikan contoh, juga bukan orang
pandai untuk dirujuk, tapi aku hanya orang lemah ditengah kemelut bangsa aku sendiri. sekian wassalam.

Sunday, 17 June 2012

Alahai dunia sekarang


Assalamualaikum. Salam sejahtera. Kisahnya pun bukan kisah sukan-sukan macam euro skarang yang dok meletup tapi kisah orang-orang sekeliling yang memang makin banyak. Aku pun kira dalam golongan ni jugak. Hari-hari dok tengok dunia yang aku rasa dah porak peranda. aku bukan cakap pasal aku nak protes ker atau nak berkempen apa-apa tapi macam rasa nak cakap jer. Kalau kita tengok berita cerita mati-mati tembak-tembak dah jadi berita biasa. Seram jugak kalau fikir dalam-dalam tapi bila tengok orang yang tengok berita macam tu buat macam tak ada apa pun maka kita pun terikut lah buat macam tak ada apa jugak. Kira terpengaruh lah tapi dalam hati alamak… ngeri beb.

Tu kisah perang pakai senjata pistol-pistol atau yang jenis keluar api. Ni pulak aku nak cakap pasal perang pakai mulut. Ada macam-macam pesen perang ni, ada yang jawab ikut media lah, si A buat press conference si B pun buat. Yang baca paper, tengok tv pakat pulak komen, meleret-leret sampai kedai kopi. Ada pulak yang nak bersemuka, yang ni diaorang pakat panggil debat. Bila berdebat ni ada yang ilmiah jugak tapi yang tak syoknya jenis nak tegakkan benang basah. Dah sah-sah awak punya statement tak betul tak payah lah nak tegangkan leher. Lepas tu kawan-kawan pun komen pulak. Tu pendapat peribadi lah. Bukan pendapat kesatuan lah, bukan pendapat parti lah. Entahlah En. Mahmud? (bukan nama sebenar)

Pada aku lebih elok bincang tertutup, buat kesimpulan baru kita masuk paper ke tv ke. Baru lah tak celaru. Tapi tak jadi hero lah pulak. Ni kes nak tunjuk berani, bukan berani mati (pada aku la) tapi berani malu. Sebab kalau gaduh pesen ni bukan mati pun kalau kalah tapi malu. Ye tak? Kisah kisah gaduh pesen ni pun boleh buat dunia jadi huru hara tau. Kadang bila kalah tapi tetap nak menang mula lah pasang agenda macam-macam, kalau dalam strategi orang panggil Plan B. plan B ni kadang ada risiko besar yang bukan saja kita yang terlibat menanggung tapi orang banyak yang menanggung. aku rasa awak semua pun tau kan macam-macam dah Plan B yang menyusahkan kita rakyat. tapi kita masih juga terpaksa mengadap benda-benda ni. pasalnya, yang di atas tu suka nak jadi berani malu ni. ni silap-silap pasal bahasa aku ni kena pulak dengan Dewan Bahasa. entahlah. bukan tak boleh nak tulis pakai bahasa Malaysia yang betul tapi rasa tak selesalah pulak. biar aku dengan cara macam ni lah Boss. mintak maaf banyak kalau tersinggung. apapun aku bangga aku lahir, sekolah, kerja kat bumi Malaysia ni. sebab ada kawan aku orang bukan Malaysia cakap kat aku "awak bertuah duduk dalam negeri yang bertuah". mintak-mintak lah tanah bertuuah ini terus bertuah. yang nak jual tanah ni jangan lah jual. ramai sayang kat tanah air kita ni. awak dapat duit dapat nama kami dapat apa? tak dapat apa tak apa lah tapi kami dapat bahana wak. bahana jadi hamba kat bumi sendiri.

Nak bagi nasihat rasa macam tak layak lah pulak tapi kalau nak kongsi rasa, pendapat tak ada salah pun kan? Jadi kalau ada yang baca blog ni. Komen-komen lah. Aku pun minat jugak baca-baca komen ni. Nak-nak yang syok. Alahai. Sekian dulu

CERITA KEDAI KOPI

Assalamualaikum, salam sejahtera . Kisahnya… aku mungkin seorang yang aku sendiri rasa besar, bijak, hebat tapi semua tu tak betul pun. Bukan tidak besar, bijak, hebat dan belbagai lagi yang bagus-bagus tapi kebesaran, kebijakan dan kehebatan yang kita rasa ada pada kita itu ada pada semua orang. Malah mungkin lebih baik dari kita sendiri. Tengok lah keliling abang-abang kakak-kakak, kalau rumah awak besar, besar lagi rumah siPolan si Polan sekian, kalau  anak awak pandai lagi anak-anak diaorang. Entah… bila difikirkan baik-baik, kerdilnya kita semua.
Kalau mukaddimah aku tadi macam meleret-leret maaf lah. Tak pandai nak bermadah-madah tak pulak pandai berpujangga, Cuma rasa nak meluah. Hari ni aku duduk lah dalam satu kedai kopi. Kat mana? Kat tempat aku lah, Kuala Krai dalam negeri Kelantan. Area mana? Area-area pinggir Bandar ni. Di Kelantan ni macam negeri-negeri lain jugak. Banyak kedai kopi tempat orang rileks, tempat orang meeting tak rasmi, kadang-kadang topik pun tak terjangkau akal awak. Itulah istimewanya kedai kopi.
Cerita paling best cerita politik. Hangatnya politik ni awak nak tau. Kalau dekat tempat lain mungkin tak sepertinya kalau dibanding kan dengan tempat aku. Bukan nak cerita hijau biru ni awak tapi nak cerita apa yang jarang orang cerita. Kebetulan semalam adalah satu majlis yang dianjur wakil rakyat kat sini. Tak payah Tanya orang mana parti mana wakil rakyat kita. Yang jelas ada lah huruf YB kat pangkal nama dia. Majlis nya nak bagi duit ibu tunggal. Shhhhh. Bukan jugak aku nak cerita pasal majlis tu, tapi aku ni nak cerita disebalik orang yang terlibat secara langsung dengan majlis ni. Bukan penganjur tapi peserta. Kakak ni kira berumur jugak kalau bahasa lama di sebut setengah abad, 50 an lah. Dia ni ada lah bersembang dengan aku kat kedai kopi ni. Kebetulan dia dok tunggu . Rumah kakak ni memang kena lalu kot kedai kopi yang aku duduk ni. Kenal jugak aku dengan kakak ni. Yang jelas pada aku kakak ni tak pernah pakai label hijau ke label biru. Cuma bila ada majlis bagi-bagi duit ni tak pernah miss. Dapat jer duit. Alhamdulillah murah rezeki akak.
Dah terlanjur bersembang aku pun Tanya lah rahsia murah rezeki kakak ni. Dia cakap apa awak tau. “orang nak bagi kita ambik lah”, aku boleh pulak Tanya “dulu akak ngundi pangkah parti mana?”, jawapan yang dia bagi memang tak berapa masuk akal bagi aku. “ akak baru sekali ngundi dik. Tu pun dah lama, akak tak ingat dah bila, Cuma waktu tu orang pegi ambik kat rumah”. Jadi kalau dikira duit itu duit ini yang dianjur oleh orang-orang parti yang jelas-jelas buat pancing undi jadi membazir lah. Jadi aku pun diam tak dapat kata apa-apa. Cuma senyum saja lah tanda aku ni masih banyak kena Tanya.
Seronok jadi rakyat bila ada pemimpin berlumba buat kebajikan. Yang ni buat duit ibu tunggal yang ni pun buat.. dah dua kali dapat. Yang ni duit anak yatim yang ni pun duit anak yatim lagi dua kali. Biasanya ibu tunggal memang ada anak yatim dok dengan dia. Orang sama lagi. Kalau pakat nak bagi duit ikhlas tak ikhlas memang tak penting. Yang aku tau biar lah sebab ada yang dapat faedahnya.
Akal orang kampung senang kena beli, senang kena gula. Ok lah sebab nak beli kena pakai duit, nak gula kan orang pun bukan pakai gula awak tau tapi pakai duit jugak. Yang tak syoknya akal orang kampung kena tipu dengan cerita-cerita dongeng. Yang ni kata macam ni yang ni kata macam tu. Aku sendiri pun ada yang aku suka pasal biru hijau ni tapi aku ingat tak naklah masuk sebelah. Bagi aku mengundi ni wajib dan biarlah kita buat pilihan dengan tepat. 
Yang betul pada aku dalam berkempen ni kalau bolehlah jangan di aib kan pihak lawan kita dengan cerita aib. Jangan pulak dok kata kerajaan zalim lah itu lah. Yang betul tunjukkan yang baik dari pihak kita. Pakat-pakat tunjuk baik. Macam bagi duit tu ok lahhh. Tak payah cakap rasuah lah kawan. Semua pun buat. Yang penting rakyat rasa syok. Yang dikatakan makmur puncanya pun sebab rakyat rasa syok. Tak gitu. Yang aku takut jenis yang jual Negara, jual rakyat untuk syok diri sendiri. Tu tak masuk yang jual tanah mak ayah lagi. Kalau aku pnjangkan nanti kata aku ni orang nil ah orang tulah. Tak syok lah pecah rahsia sendiri.
Aku ni cakap je. Bukan golongan bijak pandai pun. Bukan berjawatan apa-apa pun. Kalau dalam askar kira prebet lah. Kalau berperang pun mati dulu. Tapi aku sayang kat tanah air kita. Aku sayang kat Negara aku ni. Aku tak nak ada yang jual tak pasal-pasal. Sekian wassalam.