Thursday, 21 June 2012

RUKUN NEGARA (KENAPA DAN APA??)



Kenapa aku minat bercakap tentang perkara ini. Sebab aku rasa tak ramai dah rakyat Malaysia yang ambil berat hal-hal macam ni. Kalau dulu aku rajin jugak dok belek belakang buku tulis sekolah aku dulu. Kat situ ada ditulis RUKUN NEGARA. Aku hafal lah sebab ada cikgu aku dulu suruh @ paksa kami ingat. Sekarang ni aku tak pasti ada lagi tak cikgu yang macam tu lagi, Cuma yang aku pasti ada cikgu yang dia sendiri tak ingat RUKUN NEGARA. Rukun bermakna wajib. Kalau bercakap tentang rukun agama nanti orang cakap aku ustaz pulak. Cakap tentang rukun Negara ni kurang sikit lah BERATnya. Kalau tersilap boleh betulkan.

13 Mei 1969, tarikh yang semua orang di Malaysia tau. Ada sejarah hitam dalam tanah air kita. Sentimen anti kaum selain kaum sendiri digarap individu tak bertanggungjawab mula memainkan peranan. Perasaan benci menjadi lebih dari perasaan lain. Rasa kenegaraan pudar diganti rasa kekauman yang akhirnya mencetus huru-hara dan rusuhan kaum di Negara ini. Setelah agak tenteram dari peristiwa 13 Mei in Majlis Tindakan Negara merangka satu Ideologi Kebangsaan yang dinamakan RUKUN NEGARA. Akhirnya selepas kajian menyeluruh dalam semua aspek pada 31 Ogos 1970, RUKUN NEGARA dilancarkan dengan asas kepada 5 perkara, KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN, KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA, KELUHURAN PERLEMBAGAAN, KEDAULATAN UNDANG-UNDANG, DAN KESOPANAN DAN KESUSILAAN.

Aku bukan nak cerita sejarah tapi nak cerita kenapa. Kenapa diwujudkan satu ideology sebegini? Sebabnya nak mengelak perkara seperti 13 Mei 1969 berulang. Siapa yang lahir selepas tarikh itu mungkin tak tau lah apa yang terjadi. Setakat membaca kemudian mendengar cerita, mungkin tidak sehebat melihat sendiri apa yang berlaku. Aku sendiri dari generasi selepas 1969. Mari kita lihat bagaimana semua 5 perkara tadi semakin jauh dari rakyat Malaysia.
                                                                                                                                                                    
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN, memang semua orang akan mengaku dia percaya kepada tuhan. Tetapi haru diingat, apa yang tuhan suruh banyak yang tinggal, apa yang tuhan larang itu yang dibuat. Bukan saja ibadah tapi cara hidup. Ada yang mengaku cara hidupnya Addin, tetapi bila di ajak bersatu sesama ummah, itu dia tak mau bahkan larang, itukan tuntutan agama. Itu contoh yang jelas. Bila dipertikai dia jadi jawab itu dan ini penuh alasan.

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA, dulu kalau raja bertitah saja, maka rakyat ikut. A titah raja, A lah rakyat buat. Sekarang Raja yang memang di iktiraf sebagai payung bangsa kita melayu diperlekeh oleh sesetengah dari kita. Lupakah anda pada sejarah atau memang buta dalam perkara ini. Sultan Perak pernah diperlekeh, Sultan Johor akhir-akhir ini. Ini semua bukan perkara mainan, bukan perkara yang berkait dengan RUKUN NEGARA jangan dilibatkan. Lepas tu canang dekat luar Negara, kita tak punya kebebasan bersuara dan apa-apa lagi. Dah jual Negara pulak. Masalah Negara kita bukan orang lain yang kena fikir hatta tak boleh tau pun. Nak tau bayar perisik lah datang sini tengok sendiri.

KELUHURAN PERLEMBAGAAN dan KEDAULATAN UNDANG-UNDANG, ini kalau kita orang-orang Law atau bahasa lain peguam atau lawyer, sedap lah bercakap, sebab itu rajin rajin dengan YB Zulkifli Noordin bercakap. Banyak dalam you tube. Lagi Pun pemesongan banyak berlaku. Polis pun kena injak macam mana nak junjung kedaulatan undang-undang. Wahai mereka yang terpesong. Kembalilah kita untuk Negara yang sejahtera.

KESOPANAN DAN KESUSILAAN.. Kisahnya pun berjela-jela kalau nak cerita bab tak bersopannya orang kita. Banyak dah generasi baru yang biadap dan bila dah rasa pandai pasal dah mula mengutip ilmu di mana mana institusi mula berlagak tau itu dan ini. Mula tak dengar cakap orang yang lebih tua. Ingat kadang orang tua yang ada depan anda tak ada ijazah pun tapi dia sebenarnya lebih baik dari anda malah kadang lebih tinggi ilmu dari anda. Dalam diri kita sebenarnya ada sifat baik dan buruk. Kalau sifat buruk lebih dominan maka tak payah cerita yang lain-lain. Aku lihat ada kumpulan anak muda yang konon berilmu bertempik sini sana ada pula yang sampai hina orang dewasa malah Sultan pun turut jadi sasaran golongan ini. Sedarlah.. Negara ini pasti diserahkan pada anda nanti, mereka yang ada sekarang bukan menongkat langit. 70 80 nanti biasa outlah. Jarang nak sampai 100 tahun.

Ini bukan syok-syok nak tulis tapi aku sayangkan Negara aku ni. Aku cintakan tanah air yang sama kita pijak. Langit yang sama kita junjung pun kena jugak jaga. Sultan yang jadi payung bangsa kita pun kena kita pertahankan. Kalau institusi ini terhapus, bangsa kita pun terkikis, kita jadi melata atas bumi sendiri. Kita jadi imigran di tanah asal kita. Kita nanti kena pijak dan lambung dek mereka yang lebih berkuasa kerana sifat sesetengah orang kita yang tamakkan kuasa sekarang.

No comments:

Post a Comment