Sunday, 18 November 2012

Muzik dalam hidup aku


Muzik? Aku bukan lah ahli muzik yang boleh nak tafsir not-not lagu malah nak definasikan muzik pun aku tak tau. Bagi aku apa yang yang berkaitan dengan bunyi yang menjadikan orang yang mendengar jadi asyik atau syok itulah muzik. Aku pun kalau main gitar sikit-sikit tu bolehlah untuk dengar sendiri tapi bukan aku nak cerita pasal muzik secara ilmiah pun.

Aku kenal muzik ni mungkin sejak mak aku nyanyi waktu nak tidurkan aku tapi aku tak ingatpun. Sejak menengah aku cukup terdedah dengan muzik. Tapi masa tu aku dengar muzik yang bukan-bukan janji kuat. Aku kenal macam-macam grup rock yang masa tu golongan orang tua memang tak boleh nak terima. Tak payah lah nak namakan satu-satu. Cuma yang aku nak cerita aku kenal Nirvana sebelum dia release Nevermind lagi. Begitulah pengaruh rock dalam jiwa aku. Sampai sekarang ni pun dalam phone penuh dengan lagu yang macam tu.

Yang peliknya bila Iwan dengan geng-geng dia mula buat disko dangdut lewat 90an aku layan jugak dangdut. Malah boleh nyanyi satu dua lagu. Beli kaset taklah sampai macam tu sekali. Cuma masa dia buat show kat RTM JB aku jalan kaki dari rumah dekat Larkin pergi tengok. Nak naik teksi, kopak masa tu. Kebetulan dok Johor waktu tu.

Rock tetap rock. Walau dangdut aku layan memang jiwa tak terima sangat. Kalau dengar Walkman memang lagu rock lah yang aku layan. Awl 2000an timbul plak grup yang ada rap-rap sikit dalam rock diaorang. Layan lagi aku dengan bentuk rock baru. Linkin park lah, papa roach (2 3 nama yang aku layan) lah. Dalam pada dok asyik dengan genre baru ni, boleh pulak aku terlayan lagu bob marley. Ehh reggae lah pulak.

Tu semua kira dah lama berlalu. Gitar pun dah tak reti nak pegang. Jangan kata nak lepak tepi-tepi  jalan nak pukul selagu dua. Nak pegang pun dah kekok. Tup-tup timbul pulak perempuan-perempuan cantik menari dengan cantiknya dari korea. Orang panggil k-pop. Entah yang aku pasti k tu korea. Mulalah aku layan muzik baru ni. Kadang diaorang ni selit jugak rock dalam muzik diaorang. Rap tu satu kemestian dalam lagu bentuk ini. Mula nak jadi cerita aku dengar satu lagu matsaleh yang bunyinya nobody but you. Tapi rupanya budak-budak korea yang menyanyi. Cari dalam youtube tengok. Pergh memang cantik budak-budak korea yang nyanyi lagu ni. Mulalah aku ikut kisah grup Wondergirls ni. Dari zaman Hyuna rap sampai zaman Yubin, gitu jugak bila Sun Mi keluar masuk pulak Hye Lim. Aku cari detail pasal grup ni. Sampai gitu sekali.

Bukan nak cerita wondergirls pun. Tapi aku nak cerita yang mana aku ni boleh terima apa genre pun muzik. Yang aku tau sedap layan muzik kerana muzik boleh menenagkan walaupun bising bila lagu rock tapi tetap masuk dalam jiwa. Bukan aku tak dengar Mozart ke Beethoven ke. Semua aku dengar Cuma aku taklah pandai nak main lagu klasik macam tu. Layan Ygwe bawak Mozart pun ok jugak. Cuma buat masa sekarang aku akan berhenti kat mana aku terdengar orang pasang lagu wondergirls. Hi hi. Wassalam.

No comments:

Post a Comment