Lama tak menulis. Tak ada apa nak ditulis. Hari ni aku jalan
banyak jugak la tempat-tempat. Mula dari Krai lepas tu singgah Tanah Merah
kemudian langsung lajak ke Pasir Mas. Tak banyak cerita pun pasal jalan ni. Yang
aku tengok hari ni ialah kereta banyak menuju ke KB. Maklumlah katanya kalau
Kelantan menang malam ni lawan Perak, dapat lagi satu piala.
Dalam perjalanan balik tu singgah dekat eco-park Krai. Adalah
restoran kat situ. Layan bola dulu. Sambil-sambil tu borak lah pasal koperasi
dan celah-celah tu sempat terselit cerita politik. Kelantan menang malam ni. 6
0 skor. Kawan tengok tv pun bukan calang. Sorang bos koperasi, 2 orang ketua
peti undi, sorang AJK UMNO Bahagian dan sorang pulak mantan ADUN. Wah, hebat
gak member-member kita ni. Aku jer kalau dikira macam Kuli pernah cakap dulu “GURKHA”.
Gurkha pun gurkha la.
Berada di kalangan mereka yang sebegitu ada nama dan
pengalaman macam menyebabkan kita banyak diam dari bercakap. Biasa berlaku ni. Kalau
kita mencelah pun bila kita rasa apa yang kita nak cakap tu perlu jer. Cerita pilihan
raya bila pun ada gak keluar. Ada yang kata bulan 9 ada yang kata awal tahun. Yang
aku tahu jelas sekali sebelum Mac 2013 pasti ada pilihan raya. Sebab memang dah
cukup penggal.
Bulan Sya’ban dah lanjut juga usianya. Ramadhan bakal tiba. Yang
mana dok asyik kata dekat orang tu orang ni baik dengan niat politik ke tak
kena lah berhenti dan mintak maaf lah. Kalau tak boleh mintak maaf berhenti
dari mengata pun dah cukup bagus. Kalau kita ustaz ke sapa ker. Mesti kita tau
tuhan tak pernah ketegorikan mengata orang dengan alasan politik tak apa. tak
boleh bermakna tak bolehlah. Yang dok reka gambar dekat facebook ke laman social
lain ke. Blog ke. Kalau boleh padam-padamkanlah. Pengisian lebih rohani kan ke
lebih baik.
Yang dapat statistik kata itu ini. Dapat chart kata kerajaan
bazir itu ini pun berhenti lah sebarkan benda alah tu semua. Benda tu memang
direka untuk tujuan politik pun. Kalau ada yang sebenar pun kita buleh rujuk
kat buku Bajet yang tiap-tiap tahun dikeluarkan. Tak ada duit nak beli pinjam
kat perpustakaan. Banyak bersepah. Sesiapa yang mereka statistik yang banyak
propaganda tu, henti-hentikan lah dulu. Tak baik. Dah kira kategori fitnah tu. Kalau
dah fitnah tu baik kita elakkan. Aku pun bila tengok benda-benda macam ni
memang aku tak akan share dalam fb aku. Baik aku main poker yang memang buang
masa tu. Lebih baik dari aku mengata orang, aku menfitnah orang. Kerajaan pun
kira orang jugak tau.
Yang kisah dalam jamban ke, bagai-bagai lagi tu pun henti-hentikan
lah. Tak pasal-pasal kita fitnah orang. Motif politik semua tu. Kalau kita ni
jenis komuniti yang dipenuhi dengan perkara-perkara yang tak elok maka komuniti
kita jugak yang jadi huru-hara. Kalau dah politik diletak lebih dari segalanya
dalam hidup maka susahlah hidup kita ni. Rasulullah (SAW) dah pesan, apa-apa
pun, letakkan agama itu sebagai yang nombor satu. Kalau aku cakap, mesti ada
yang jawab itu-ini. Dah memang terang-terang benda ni berlaku. Kadang tu Jumaat
pun susah nak jumpa kat masjid, tapi bila bercakap hal parti, ini haram itu
haram, ini boleh ini hukumnya begitu. Susah. Ini semua asuhan dari orang tua
kita jugak. Maaf cakap, tapi benar, yang berlalu biarlah berlalu. Kita ni
generasi baru bentuklah generasi akan datang supaya janganlah berpolitik
sangat. Berpolitik ni biarlah untuk yang ahli. Kita yang tak berapa ahli ni Nak
sibuk pun biarlah bermusim. Jangan macam slogan bola tu.. makan politik, tidur
politik, dan kadang-kadang nak sembahyang pun berpolitik. Wallahua’lam
No comments:
Post a Comment