Friday, 13 July 2012


Alahai…

Hari ni betul-betul gila lah dalam hidup. Masuk ni dah 36 jam tanpa henti aku tak tidur. Nak kata aku ada terambil pil yang beukan-bukan memang aku tak pernah usik pun benda alah tu. Nak kata berfikir pun tidak juga. Cuma ada juga menghadap game kat laptop untuk melayan kepala kata orang.

Sebenarnya memang banyak juga perkara yang berlegar kat otak aku yang tak berapa besar ni, tapi aku memang pandai bab-bab buat tak reti ni. Jadi aku pun gunalah keahlian aku ni. Tak lah semak sangat otak. Ingat lepas ni nak layan mata lah. Biasalah kalau dok sorang ni, hanyut tak pasal-pasal dan Ini lah bahananya dok sorang.

Aku nak menulis tapi tak ada idea, nak melukis lama dah tak buat kerja-kerja menyonteng ni. Nak jalan tak ada idea tempat mana nak pergi. Akhirnya menghadap game yang sememangnya jarang-jarang aku menang. Tak ada talent lah bro. orang main poker aku main poker, orang main PS aku main PS tapi aku tak menang masalahnya.

Sendiri ni memang mengundang sepi, tetapi dalam sepi kadang-kadang terselit rona-rona bahagia, Cuma tak lah hebatpun cukup untuk buat aku tersenyum. Dan mulalah cakap ayat SEPI ITU INDAH. He mana indahnya pun. Aku sendiri pun kalau berjalan nak kawan.inikan pula pasal hidup. Entahlah…?

Monday, 9 July 2012

Kenapa Melayu Sendiri Menghina Rajanya ???


Assalamualaikum. Kejam, sadis, berani dan pelbagai reaksi pasal dunia sekarang. Yang kejam, memang kejamlah, begitu juga yang berani. Apapun yang kita boleh tafsirkan ialah, semua yang tersebut di atas mestilah bersebab.

Ada kisah blogger kena tangkap pasal hina Institusi Diraja. Yang semua orang dah maklum pasal dah keluar tv pun. Ada yang kata kenapa nak besar-besarkan isu?. Ada pula yang kata kenapa perlu tangkap?. Ada pula kata beraninya mamat ni. Apapun kita fikir kan sama-sama kenapa dan apa yang sepatutnya dibuat.

Institusi Diraja sememangnya bukan diciptakan semata-mata untuk ditaati atau dipatuhi melulu. Tetapi dicipta melalui perlembagaan yang melalui tempoh masa dan pelbagai kejadian serta diperelokkan sesuai dengan peredaran masa. Dari Zaman Kesultanan Melaka lagi Raja atau Sultan lah yang menjadi payung rakyat, yang memakmurkan negeri dengan kebijaksanaan dan kewibawaan.

Sekarang bilamasa, rakyat keluar mengundi untuk memilih pemimpin, ada yang mula mempersoalkan perlukah lagi Institusi ini? Jawapan yang jelas, PERLU. Kenapa? Tanpa Institusi Diraja apa lagi yang boleh menjadi simbol bangsa kita orang melayu. Kenapa? Tak ada raja tak ada melayu ke?.  Jawapan jelas lagi ada lah. Tetapi sekadar ada. Bila hujan tak berpayung bermakna basah. Macam juga yang lain di sini, tak ada raja Cina tapi tetap ada Cina, tak ada Raja India tetapi tetap ada India. (walaupun memang ramai juga yang bernama Raja). Dahulu sebelum kita merdeka, mereka ini meninggalkan wasiat yang sampai sekarag digunapakai, “WASIAT RAJA-RAJA MELAYU”. Tak perlu hurai tetapi ada dalam internet perkara ini.

Saya pernah membuka blog berkenaan dan sempat juga membaca apa kandungan yang ditulis oleh blogger tersebut. Asasnya memang mudah, bagi blogger itu, Raja atau Sultan tetap sama macam rakyat lain. Bagi blogger tersebut juga, mengapa perlu dilindungi atau dihormati atau bahasa lain disanjung sedemikian rupa. Dan yang paling saya sedih, beliau juga MELAYU macam saya. Sedar, tak sedar kalau bangsa lain menulis blog berkenaan, pasti huru-hara Negara kita dengan tunjuk perasaan. Kepada rakyat Johor, Sultan anda bukan lah Sultan yang tidak baik. Baginda berjiwa rakyat. Saya pernah di Johor suatu ketika dulu. Almarhum Sultan Iskandar pada saya juga berjiwa rakyat. Walaupun kadang-kadang terdapat juga cerita yang tidak baik tentang Sultan, biasalah mereka juga manusia biasa, tetapi nilai bangsa lebih penting dalam perkara ini. KERANA DENGAN ADANYA INSTITUSI DIRAJA INILAH MAKA KITA MASIH BOLEH MENGAKU TANAH AIR INI MILIK BANGSA KITA KERANA DENGAN ADANYA INSTITUSI DIRAJALAH DIYAKINI BAHAWA BANGSA MELAYU INI BANGSA YANG ASAL DI SINI DI MALAYSIA KERANA MALAYSIA BUKAN LAGI BERNAMA TANAH MELAYU.

Kepada peminat blogger berkenaan, saya mintak maaf, bukan menidakkan bukan juga nak mengata. Pada saya kalau ada lagi yang seumpamanya, baik di Facebook, twitter, atau blog, JANGAN KAMU MENGAKU LAGI KAMU SEBAGAI ORANG MELAYU. KERANA MELAYU ITU ADA RAJANYA. Bagi kamu yang tidak beraja, jadilah bangsa yang selain melayu. KALAU KAMU RASA KAMU MEMPUNYAI RAJA, HORMATILAH BAGINDA, BUKAN DISEMBAH TETAPI LETAKKAN LAH BAGINDA SEADANYA DITEMPAT BAGINDA. Wallahu a’lam.

Sunday, 8 July 2012

Sya'ban kemudian Ramadhan, dah le tu....


Lama tak menulis. Tak ada apa nak ditulis. Hari ni aku jalan banyak jugak la tempat-tempat. Mula dari Krai lepas tu singgah Tanah Merah kemudian langsung lajak ke Pasir Mas. Tak banyak cerita pun pasal jalan ni. Yang aku tengok hari ni ialah kereta banyak menuju ke KB. Maklumlah katanya kalau Kelantan menang malam ni lawan Perak, dapat lagi satu piala.
Dalam perjalanan balik tu singgah dekat eco-park Krai. Adalah restoran kat situ. Layan bola dulu. Sambil-sambil tu borak lah pasal koperasi dan celah-celah tu sempat terselit cerita politik. Kelantan menang malam ni. 6 0 skor. Kawan tengok tv pun bukan calang. Sorang bos koperasi, 2 orang ketua peti undi, sorang AJK UMNO Bahagian dan sorang pulak mantan ADUN. Wah, hebat gak member-member kita ni. Aku jer kalau dikira macam Kuli pernah cakap dulu “GURKHA”. Gurkha pun gurkha la.
Berada di kalangan mereka yang sebegitu ada nama dan pengalaman macam menyebabkan kita banyak diam dari bercakap. Biasa berlaku ni. Kalau kita mencelah pun bila kita rasa apa yang kita nak cakap tu perlu jer. Cerita pilihan raya bila pun ada gak keluar. Ada yang kata bulan 9 ada yang kata awal tahun. Yang aku tahu jelas sekali sebelum Mac 2013 pasti ada pilihan raya. Sebab memang dah cukup penggal.
Bulan Sya’ban dah lanjut juga usianya. Ramadhan bakal tiba. Yang mana dok asyik kata dekat orang tu orang ni baik dengan niat politik ke tak kena lah berhenti dan mintak maaf lah. Kalau tak boleh mintak maaf berhenti dari mengata pun dah cukup bagus. Kalau kita ustaz ke sapa ker. Mesti kita tau tuhan tak pernah ketegorikan mengata orang dengan alasan politik tak apa. tak boleh bermakna tak bolehlah. Yang dok reka gambar dekat facebook ke laman social lain ke. Blog ke. Kalau boleh padam-padamkanlah. Pengisian lebih rohani kan ke lebih baik.
Yang dapat statistik kata itu ini. Dapat chart kata kerajaan bazir itu ini pun berhenti lah sebarkan benda alah tu semua. Benda tu memang direka untuk tujuan politik pun. Kalau ada yang sebenar pun kita buleh rujuk kat buku Bajet yang tiap-tiap tahun dikeluarkan. Tak ada duit nak beli pinjam kat perpustakaan. Banyak bersepah. Sesiapa yang mereka statistik yang banyak propaganda tu, henti-hentikan lah dulu. Tak baik. Dah kira kategori fitnah tu. Kalau dah fitnah tu baik kita elakkan. Aku pun bila tengok benda-benda macam ni memang aku tak akan share dalam fb aku. Baik aku main poker yang memang buang masa tu. Lebih baik dari aku mengata orang, aku menfitnah orang. Kerajaan pun kira orang jugak tau.
Yang kisah dalam jamban ke, bagai-bagai lagi tu pun henti-hentikan lah. Tak pasal-pasal kita fitnah orang. Motif politik semua tu. Kalau kita ni jenis komuniti yang dipenuhi dengan perkara-perkara yang tak elok maka komuniti kita jugak yang jadi huru-hara. Kalau dah politik diletak lebih dari segalanya dalam hidup maka susahlah hidup kita ni. Rasulullah (SAW) dah pesan, apa-apa pun, letakkan agama itu sebagai yang nombor satu. Kalau aku cakap, mesti ada yang jawab itu-ini. Dah memang terang-terang benda ni berlaku. Kadang tu Jumaat pun susah nak jumpa kat masjid, tapi bila bercakap hal parti, ini haram itu haram, ini boleh ini hukumnya begitu. Susah. Ini semua asuhan dari orang tua kita jugak. Maaf cakap, tapi benar, yang berlalu biarlah berlalu. Kita ni generasi baru bentuklah generasi akan datang supaya janganlah berpolitik sangat. Berpolitik ni biarlah untuk yang ahli. Kita yang tak berapa ahli ni Nak sibuk pun biarlah bermusim. Jangan macam slogan bola tu.. makan politik, tidur politik, dan kadang-kadang nak sembahyang pun berpolitik. Wallahua’lam