Monday, 9 July 2012

Kenapa Melayu Sendiri Menghina Rajanya ???


Assalamualaikum. Kejam, sadis, berani dan pelbagai reaksi pasal dunia sekarang. Yang kejam, memang kejamlah, begitu juga yang berani. Apapun yang kita boleh tafsirkan ialah, semua yang tersebut di atas mestilah bersebab.

Ada kisah blogger kena tangkap pasal hina Institusi Diraja. Yang semua orang dah maklum pasal dah keluar tv pun. Ada yang kata kenapa nak besar-besarkan isu?. Ada pula yang kata kenapa perlu tangkap?. Ada pula kata beraninya mamat ni. Apapun kita fikir kan sama-sama kenapa dan apa yang sepatutnya dibuat.

Institusi Diraja sememangnya bukan diciptakan semata-mata untuk ditaati atau dipatuhi melulu. Tetapi dicipta melalui perlembagaan yang melalui tempoh masa dan pelbagai kejadian serta diperelokkan sesuai dengan peredaran masa. Dari Zaman Kesultanan Melaka lagi Raja atau Sultan lah yang menjadi payung rakyat, yang memakmurkan negeri dengan kebijaksanaan dan kewibawaan.

Sekarang bilamasa, rakyat keluar mengundi untuk memilih pemimpin, ada yang mula mempersoalkan perlukah lagi Institusi ini? Jawapan yang jelas, PERLU. Kenapa? Tanpa Institusi Diraja apa lagi yang boleh menjadi simbol bangsa kita orang melayu. Kenapa? Tak ada raja tak ada melayu ke?.  Jawapan jelas lagi ada lah. Tetapi sekadar ada. Bila hujan tak berpayung bermakna basah. Macam juga yang lain di sini, tak ada raja Cina tapi tetap ada Cina, tak ada Raja India tetapi tetap ada India. (walaupun memang ramai juga yang bernama Raja). Dahulu sebelum kita merdeka, mereka ini meninggalkan wasiat yang sampai sekarag digunapakai, “WASIAT RAJA-RAJA MELAYU”. Tak perlu hurai tetapi ada dalam internet perkara ini.

Saya pernah membuka blog berkenaan dan sempat juga membaca apa kandungan yang ditulis oleh blogger tersebut. Asasnya memang mudah, bagi blogger itu, Raja atau Sultan tetap sama macam rakyat lain. Bagi blogger tersebut juga, mengapa perlu dilindungi atau dihormati atau bahasa lain disanjung sedemikian rupa. Dan yang paling saya sedih, beliau juga MELAYU macam saya. Sedar, tak sedar kalau bangsa lain menulis blog berkenaan, pasti huru-hara Negara kita dengan tunjuk perasaan. Kepada rakyat Johor, Sultan anda bukan lah Sultan yang tidak baik. Baginda berjiwa rakyat. Saya pernah di Johor suatu ketika dulu. Almarhum Sultan Iskandar pada saya juga berjiwa rakyat. Walaupun kadang-kadang terdapat juga cerita yang tidak baik tentang Sultan, biasalah mereka juga manusia biasa, tetapi nilai bangsa lebih penting dalam perkara ini. KERANA DENGAN ADANYA INSTITUSI DIRAJA INILAH MAKA KITA MASIH BOLEH MENGAKU TANAH AIR INI MILIK BANGSA KITA KERANA DENGAN ADANYA INSTITUSI DIRAJALAH DIYAKINI BAHAWA BANGSA MELAYU INI BANGSA YANG ASAL DI SINI DI MALAYSIA KERANA MALAYSIA BUKAN LAGI BERNAMA TANAH MELAYU.

Kepada peminat blogger berkenaan, saya mintak maaf, bukan menidakkan bukan juga nak mengata. Pada saya kalau ada lagi yang seumpamanya, baik di Facebook, twitter, atau blog, JANGAN KAMU MENGAKU LAGI KAMU SEBAGAI ORANG MELAYU. KERANA MELAYU ITU ADA RAJANYA. Bagi kamu yang tidak beraja, jadilah bangsa yang selain melayu. KALAU KAMU RASA KAMU MEMPUNYAI RAJA, HORMATILAH BAGINDA, BUKAN DISEMBAH TETAPI LETAKKAN LAH BAGINDA SEADANYA DITEMPAT BAGINDA. Wallahu a’lam.

No comments:

Post a Comment