KISAH NAK JADI TOK WAKIL @ CALON
tok wakil adalah panggilan lain
bagi wakil rakyat kat tempat aku. Bila sebut nak jadi tok wakil ni ramai lah
jugak yang memang berniat nak jadi tok wakil ni. Pelbagai cara, ada yang canang
nama sendiri jadi calon no 1 la, ada pulak yang mula masuk kampung keluar
kampung. Nak-nak musim makan colek dalam bulan puasa ni, lagi-lagi bila dah
dekat nak raya.
Aku ni orang yang kira dalam
golongan diam tapi suka pulak perhatikan orang. Gelagat manusia ni kalau
divideokan boleh jadi cerita lawak macam kat tv. Tapi bila dikenangkan
kadang-kadang berhasil jugak strategi diorang ni. Nak tak nak kita yang rakyat
ni telan je lah.
Nak jadi tok wakil sebutnya kira
nak jadi calon lah. Bagi yang dok bekerja dengan parti ni lain lah pasal memang
kerja-kerja mereka ni untuk parti (walaupun kekadang ada jugak misi
tersembunyi). Tapi yang berjalan atas nama peribadi kata arahan menteri tu
menteri ni yang buleh jadi barahnya. Bila dah berjalan maka banyaklah dok labor
modal, baik RM baik jugak tenaga yang dah dilabur. Bayangkanlah sekiranya
tup-tup nama tak naik jadi calon. Ha terduduk awak. Terduduk awak tu ok lagi
lah pasal awak yang cari pasal, tapi pengikut awak yang jadi hal. Mulalah terdengar
kata-kata yang tak sedap kita nak dengar, contoh: “ aku tak nak keluar mengundi
pasal aku dah penat dengan parti. Calon yang aku suka tak naik”, lagi ada yang
buat rombongan pergi pejabat perhubungan lah. Bawak memo nak serah kat Ketua
Perhubungan. Calon dah tetap maka wujudlah sindrom tak puas hati yang boleh
menyebabkan cantas mencantas. Inilah kesan dan akibat.

Dulu masa belajar aku pernah lah
jumpa kaedah pemikiran yang diasas oleh Edward de Bono. Macam-macam dia
rungkaikan cara-cara kita nak buat keputusan. PMI (plus minus interesting), AGO (Aims, goal dan objective) dan macam-macam lagi. Tapi mereka yang aku cakap ni tak guna
ke cara-cara yang pak Edward ni ajar, atau tak pernah jumpa pun cara pak Edward
ni. Entah lah, Cuma yang aku musykil aku yang tak berapa tinggi belajar macam
mereka-mereka yang nak jadi calon ni pernah jumpa tak diaorang tak kot…
Sapa-sapa yang baca, tolonglah. Biar
kita serah kat pucuk pimpinan parti buat kerja calon mencalon ni. Kita tunggu. Yang
biasa buat kebajikan, teruskanlah, tapi jangan nak berniat nak jadi calon. Kalau
program parti biar orang sepatutnya jer buat. Kalau iktu saluran kan lebih
baik.
Ini suara aku yang memang bukan
dari golongan cari nama, bukan juga berniat nak nama, bukan jugak yang nak
dinamakan. Aku ni Cuma rasa, cara yang terbaik untuk parti adalah mengikut
saluran. Maaf lah kepada yang terasa. Ini bukan kias, bukan juga nak menyindir.
Cuma mengandungi harapan pasal nak bagi peluang kepada yang tercalon nanti
buleh menang dengan selesa. insyaAllah.