Wednesday, 15 August 2012


KISAH NAK JADI TOK WAKIL @ CALON

tok wakil adalah panggilan lain bagi wakil rakyat kat tempat aku. Bila sebut nak jadi tok wakil ni ramai lah jugak yang memang berniat nak jadi tok wakil ni. Pelbagai cara, ada yang canang nama sendiri jadi calon no 1 la, ada pulak yang mula masuk kampung keluar kampung. Nak-nak musim makan colek dalam bulan puasa ni, lagi-lagi bila dah dekat nak raya.

Aku ni orang yang kira dalam golongan diam tapi suka pulak perhatikan orang. Gelagat manusia ni kalau divideokan boleh jadi cerita lawak macam kat tv. Tapi bila dikenangkan kadang-kadang berhasil jugak strategi diorang ni. Nak tak nak kita yang rakyat ni telan je lah.

Nak jadi tok wakil sebutnya kira nak jadi calon lah. Bagi yang dok bekerja dengan parti ni lain lah pasal memang kerja-kerja mereka ni untuk parti (walaupun kekadang ada jugak misi tersembunyi). Tapi yang berjalan atas nama peribadi kata arahan menteri tu menteri ni yang buleh jadi barahnya. Bila dah berjalan maka banyaklah dok labor modal, baik RM baik jugak tenaga yang dah dilabur. Bayangkanlah sekiranya tup-tup nama tak naik jadi calon. Ha terduduk awak. Terduduk awak tu ok lagi lah pasal awak yang cari pasal, tapi pengikut awak yang jadi hal. Mulalah terdengar kata-kata yang tak sedap kita nak dengar, contoh: “ aku tak nak keluar mengundi pasal aku dah penat dengan parti. Calon yang aku suka tak naik”, lagi ada yang buat rombongan pergi pejabat perhubungan lah. Bawak memo nak serah kat Ketua Perhubungan. Calon dah tetap maka wujudlah sindrom tak puas hati yang boleh menyebabkan cantas mencantas. Inilah kesan dan akibat.

Dulu masa belajar aku pernah lah jumpa kaedah pemikiran yang diasas oleh Edward de Bono. Macam-macam dia rungkaikan cara-cara kita nak buat keputusan. PMI (plus minus interesting), AGO (Aims, goal dan objective) dan macam-macam lagi. Tapi mereka yang aku cakap ni tak guna ke cara-cara yang pak Edward ni ajar, atau tak pernah jumpa pun cara pak Edward ni. Entah lah, Cuma yang aku musykil aku yang tak berapa tinggi belajar macam mereka-mereka yang nak jadi calon ni pernah jumpa tak diaorang tak kot…

Sapa-sapa yang baca, tolonglah. Biar kita serah kat pucuk pimpinan parti buat kerja calon mencalon ni. Kita tunggu. Yang biasa buat kebajikan, teruskanlah, tapi jangan nak berniat nak jadi calon. Kalau program parti biar orang sepatutnya jer buat. Kalau iktu saluran kan lebih baik.

Ini suara aku yang memang bukan dari golongan cari nama, bukan juga berniat nak nama, bukan jugak yang nak dinamakan. Aku ni Cuma rasa, cara yang terbaik untuk parti adalah mengikut saluran. Maaf lah kepada yang terasa. Ini bukan kias, bukan juga nak menyindir. Cuma mengandungi harapan pasal nak bagi peluang kepada yang tercalon nanti buleh menang dengan selesa. insyaAllah.

No comments:

Post a Comment