Hari raya akhirnya menjelang. Selesai satu hari dengan
berjalan-jalan walaupun kebanyakkan bukan jalan kaki pun. Malam pulak bila dah
rasa betul-betul habis jalan, aku pun santai tengok-tengok bola. Liga perdana
inggeris dah mula pun, aku kira kaki bola jugak la walaupun tak main bola. Malam
tu aku layan Manchester city lawan Southampton. Yang syoknya bila Nasri score
gol, dia angkat jersi dia tunjuk tulisan Eid Mubarrak kat baju dalam dia.
Aku bukan peminat Manchester City pun. Dan aku tau Nasri
memang superstar. Bila dia buat macam tu aku pun ikt syok dekat Nasri ni. Pasal
dia pun sambut raya macam aku jugak. Hi2. Rupa-rupanya banyak lagi superstar
bola ni muslim macam kita jugak. Tapi diaorang
ni macam tak terlibat pun pasal hal-hal keganasan yang dilabel pada
Muslim. Aku percaya Nasri juga solat. Nasri juga puasa. Dan aku jugak tahu
Robin Van Persie pun solat jugak macam kita-kita ni. Baik van Persie, Nasri
atau lain-lain pemain bola muslim yang ada nama, mesti diaorang pun macam kita.
Mahu ke amanan sejagat. Cuma segelintir sahaja yang melabel malah melagakan
muslim dengan penganut lain.
No comments:
Post a Comment