NUZUL QUR’AN
@ 17 RAMADHAN
Esok cuti
lagi. Kata orang bila hari cuti maka kesempatan untuk berehat. Peluang untuk berehat ni memang berita yang amat baik bagi kita semua. Lagi-lagi pada bulan puasa. Tapi yang
tak baiknya masih ada yang bertanya, cuti apa pula ni? Ada festival ke? Atau harijadi
orang kenamaan ke? Tidak lah. Cuti sempena sambutan hari yang digelar Nuzul Qur’an. Apakah Nuzul Qur’an ni.
Dari segi
bahasa Nuzul bererti pindah atau dialihkan. Al-Qur’an pula bererti bacaan atau
himpunan. Kenapa perlu “dialihkan” kan al-Qur’an ini? Sebenarnya maksud
lain bagi Nuzul ialah diturunkan pertama kali kalimah Allah dalam Kitab Agung Al-Qur’an
itu kepada baginda Rasulullah (S.A.W.) jatuhnya pada 17 Ramadhan sekitar dalam tahun 610
Masihi tatkala baginda berusi 40 tahun ketika itu. Bermula dari tarikh
berkenaan rasmilah baginda menjadi Pesuruh Allah dan menerima berterusan
sehingga menjadi sebuah kitab agung yang lengkap tiada cela. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara
meliputi soal tauhid, ibadat, jnayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya.
Maka diangkat Allah al-Qur’an itu menjadi Mukjizat Nabi Muhammad SAW yang
paling agung. Jadi setiap kali 17
Ramadhan tiba maka diperingatkan seluruh Umat Islam akan perkara ini.la. Tiada sambutan
mercun atau bunga api tapi diperbanyakkan ingatan kepada kitab dan rasul Allah
yakni baginda Nabi Muhammad (S.A.W.) yang menerima kali pertama ayat berbunyi Iqrak di sebuah gua di Gunung Cahaya yang bernama gua Hira'.
Jadi kepada
yang tidak tahu ambil ini sebagai asas. Kerana membaca itu jugak seruan pertama
Allah kepada Rasullullah SAW. Membaca jambatan ilmu. Bagi yang bertadarus
lengkapkan tadarus anda. Selain Al-Qur’an perbanyakkan lagi bacaan anda. Bukan dinyatakan
pun bahan bacaan yang boleh dan tak boleh dibaca tetapi anda insan yang ada
akal. Yang boleh menilai yang mana baik dan yang mana buruk.
Dan ini lah
ayat-ayat Allah yang diturunkan pada hari itu;
”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan
(sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan
Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan,
-Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. Ingatlah! Sesungguhnya jenis manusia tetap melampaui batas (yang sepatutnya atau yang sewajibnya), Dengan sebab ia melihat dirinya sudah cukup apa yang dihajatinya. (Ingatlah) sesungguhnya kepada Tuhanmu lah tempat kembali (untuk menerima balasan). Adakah engkau nampak (baiknya) orang yang melarang (dan menghalang)- Seorang hamba Allah apabila ia mengerjakan sembahyang? Adakah engkau nampak (buruknya) jika ia berada di atas jalan yang betul? -Atau ia menyuruh orang bertaqwa (jangan melakukan syirik)? Adakah engkau nampak (terlepasnya dari azab) jika ia mendustakan (apa yang disampaikan oleh Nabi Muhammad kepadanya) serta ia berpaling ingkar? Tidakkah ia mengetahui bahawa sesungguhnya Allah melihat (segala amal perbuatannya dan membalasnya)? Jangan sekali-kali berlaku derhaka! Demi sesungguhnya jika ia tidak berhenti (dari perbuatannya yang buruk itu), nescaya Kami akan menyentap ubun-ubunnya (dan menyeretnya ke dalam neraka), - Ubun-ubun (orang) yang berdusta, yang bersalah.Kemudian biarlah ia memanggil kumpulannya (untuk menyelamatkannya), Kami pula akan memanggil malaikat Zabaniyah (untuk menyeksanya)! Ingatlah! Janganlah engkau (wahai Muhammad) menurut kehendaknya, dan (sebaliknya) sujudlah dan dampingkanlah dirimu kepada Allah (dengan taat dan beramal soleh)!” -
No comments:
Post a Comment