Thursday, 1 August 2013

Isu video anjing beraya, pelajar India balik India, Cina balik China selesai

Assalamualaikum Wbt. Seronok rasa hari ni. Isu semalam yang aku bincangkan dah ada jawapan hari ni. Kisah seorang cikgu nak hantar murid balik India dengan Cina pun kira macam dah selesai. Dia akan minta maaf secara terbuka Isnin nanti depan perhimpunan di sekolah nya. Ikut link ni http://my.news.yahoo.com/principal-admits-making-balik-india-china-jibe-045536628.html. Kira ok la kalau dah selesai. Polis pun dah keluar kenyataan hari ni. Alhamdulillah.

Kisah yang kedua, pasal video anjing beraya, seorang perempuan melayu bernama Maznah Mohd Yusof, atau dikenali sebagai Chetz telah ditahan  dan didakwa melanggar Seksyen 298A Kanun Keseksaan. Itu menurut peguamnya Latheefa Koya. Link untuk kisah ni ialah http://my.news.yahoo.com/principal-admits-making-balik-india-china-jibe-045536628.html

Tengok sikap orang sekarang yang tak berapa sensitif. Tak pasal-pasal kebanyakan orang mempersoalkan video ni dan membuat komen seolah-olah penghinaan datang dari bukan Islam. Lantaran dari tuduhan melulu ada pihak ambil kesempatan. Orang kuat DAP, Lim Kit Siang meminta TPM turun padang minta maaf kepada bukan Islam. Kan dah jadi isu politik. Lagipun peguam yang di sebutkan tadi, Latheefa Koya pun merupakan penasihat undang-undang PKR. Lagi lah kerja orang politik, http://my.news.yahoo.com/apologise-non-muslims-overreaction-dogs-aidilfitri-video-dpm-100300874.html.

Cerita pasal orang kita, tak kira bangsa apa mula tak sensitif banyak juga. Contoh kisah pengasas AM Bank, Hussain Ahmad Najadi yang ditembak mati beberapa hari lepas di Kuala Lumpur. Arwah dilempar dengan pelbagai tohmahan yang tak berapa sedap dengar. Warga Bahrain ini kebetulan mempunyai isteri warga Malaysia, disebut namanya sebagai seorang berbangsa Cina. Dari nama isteri Arwah timbul pula yang beliau berketurunan Iran dan menganut Syiah. Sesungguhnya biar Allah mengadili beliau. Kita sendiri belum tahu kita di mana di sisi Allah, maka jangan kita menjadi pengadil kepada yang lain. Allahu a’lam. Sekian wassalam.


Wednesday, 31 July 2013

Hentikan Rasis, Semaikan Semangat Muhibah, Sayangi Malaysia


Assalamualaikum w.b.t. 2013 dah lepas separuh jalan. Dah masuk Julai pun. Banyak betul cerita  tahun ni. Awal awal tahun pakat dok teka bila nak pilihanraya.
Teka punya teka akhirnya terjawab. Bila pilihanraya pada Mei, kisah dakwat kekal mengisi segala macam media yang ada. Dulu kau yang mintak. Tak telus lah, nanti ada yang mengundi dua kali lah. Lepas tu bila dah tahu keputusan, timbul pulak isu blackout. Maka ada yang bertempik sana sini kononnya ada masa kira undi tu ada orang padam lampu. Jadi kiraan yang buat tu menguntungkan satu pihak. Betul ke tak tak tahu lah. Cuma sampai sekarang tak ada bukti pun kata benda tu terjadi.

Lepas je pilihanraya atau nama lain pasca PRU13, isu-isu rasis mula timbul. Ada yang berani persoalkan kontrak sosial negara kita. Ada yang berani pula ajak umat Islam berbuka dengan Bahkut tea. Ejaan betul ke tak aku bukan kesah sangat, tapi yang jelas berani mereka ni menimbulkan isu sebegitu panas. Salah seorang dari mereka, yang perempuan siap nak halau orang melayu pergi Sumatera. Nak jadikan negara ni macam Singapura yang diperintah kaum Cina. Entah. 

Aku bukan jenis yang rasis pun tapi bila isu begini timbul jadi macam terpanggil nak bercakap juga. Dalam bulan Ramadhan ni semua orang tahu kita Umat Islam diwajibkan puasa. Yang budak-budak banyak juga berpuasa, belajar puasa ni memang digalakkan. Jadi satu guru besar ni ambil pendekatan yang agak menarik. Yang bukan Islam nak makan boleh tapi biarlah terlindung. Jadi dicadangkan bilik persalinan. Kebetulan kat situ ada lah tempat mandi disediakan, bukan untuk buang air pun, tapi tempat mandi. Lepas bersukan, berpeluh, ada yang nak mandi, situlah tempatnya. Ada juga meja disediakan siap dengan kerusi lagi. Alah, sebelum ni ramai jugak yang buka bekal makan dan minum kat situ sambil salin pakaian, tak kecoh pun. Tup-tup Ada pula sorang perempuan (bukan Islam) menulis kat media sosial kata guru besar tu suruh budak makan kat tandas. Memang jadi isu jugak lah hal ni. Meletup satu Malaya. Ada banyak juga laporan polis. Banyak juga yang merungut sampai Menteri turun tengok sekolah tau.

Ni kisah lain tapi kat sekolah jugak. Tak payah cakap tempat, nama dan jenis sekolah lah tapi rasanya yang baca atau tengok media pasti tahu. Dalam satu perhimpunan (semalam kalau tak salah) sekolah, biasanya adalah murid yang bercakap masa cikgu berucap. Semua pun pernah sekolah. Biasa lah tu. Satu cikgu ni (melayu) dia dengan garangnya, biasalah cikgu, kalau tak macam tu macam mana murid nak dengar, marah dengan budak-budak yang bising tadi. Tak cukup dengan itu, kata-kata cikgu tadi cukup rasis. Boleh dia kata yang India pergi balik India yang cina pergi negeri China. Awak cikgu. Lagipun musim panas ni cikgu. Tak abis satu kes satu kes lagi timbul. Saya pun melayu. Bila orang kata yang melayu balik Sumatera (sah-sah memang tanah ni Tanah melayu, buat apa balik Sumatera) kita jadi marah, ni awak buat sentimen sama. Dah jadi isu lagi. Tak nak mengajar kot.

Bulan puasa pun dah nak abis, nak raya dah ni. Kat media sosial, banyak juga yang kongsi cerita raya, lagu raya, video raya. Tapi satu video ni cukup melampau jadinya, ditunjuknya gambar Anjing dok basuh kaki dengan iringan takbir raya, lepas tu diselang dengan gambar orang dok ambil wuduk (basuh kaki juga) lepas tu.. macam-macam lah. Video tu bersepah kat Facebook. Tengok sendiri lah. Malas nak cerita. Apa ni. Ugama bukan bahan sendaan. Kalau nak beraya buat lah video yang tunjuk makan kueh ramai-ramai campur bagai bangsa kan bagus. Bersalaman tanda muhibah ke.

Kenapa sampai macam ni? Salah siapa? Salah kerajaan, tak jugak. Salah rakyat lagi lah tak. Manusia ni bila dibukakan jalan kalaupun jalan tu memang bukan jalan yang ke arah kebaikan, dia redah je. Lagi bahaya lagi dia mahu. Ada pemimpin kita bila kecewa, rasa macam kena tipu, rasa macam dia lah yang betul walhal Allah itu Maha mengetahui. Mula lah si polan ni cari jalan apa cara sekali pun asal dapat naik pegang kuasa. Orang melayu ramai dah ikut, tapi tak cukup nak jatuhkan kerajaan, jadi bila nak ajak kaum lain, tuntutan kaum lain dijadikan gula nak tarik semut. Mula dia cakap melayu tak perlu lagi hak istimewa. Kerajaan yang ada sekarang ni lebih kan melayu, nanti kalau gua ada kuasa, lu orang akan dapat sama macam melayu dapat sekarang. Dah satu jalan dia bagi. Bertempik setengah-setengah kaum lain nak tuntut itu ini. Pening kepala PM sekejap. Lepas tu dah melarat pula sampai hal-hal agama. Nama Allah yang selama ini ekslusif untuk Islam diaorang minta nak pakai dalam Bible. Bukan saja dalam Bible, malah dalam majalah ugama kristian (terbitan dsb) pun nak guna Allah sebagai tuhan. Nanti ada mamat melayu yang iman tipis-tipis bawang konon nak belajar ugama, terbeli buku macam ni kat kedai buku tepi jalan, contoh : “MARI MENGENAL ALLAH”, fikir sendiri lah kita semua. Jadi apa yang kerajaan fatwakan hal-hal agama ni bukan dia syok-syok buat. Saja nak bagi penganut ugama lain dianiaya. Bukan kawan, ketetapan itu dibuat kerana nak melindungi Ugama Islam sebagai Ugama rasmi Negara.

Bersama lah kita semaikan semangat cintakan negara, bersama kita bangunkan Malaysia ini dalam semangat Muhibbah.
Cukup-cukup lah main melayu cina india lagi. Kita orang malaysia jadi sematkan kita sebagai Bangsa Malaysia. kat luar negeri kita cakap kita Malaysian, bukan Malay, Chinese atau pun Indian. betul kan?


Cukup lah dulu. Ada nak marah ke. Email kat anjasshrin@gmail.com. Kalau nak komen tekan je gambar pensil kat bawah ni. Salam Aidilfitri, maaf zahir dan batin, ada pendapat sertakan. Aku suka tu. sekian wassalam.

Sunday, 28 July 2013

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Assalamualaikum w.b.t. Sedar tak sedar, masa berlalu dengan pantas sekali, Ramadhan dah pun nak habis. Dah tiba pula musim perayaan. Kat Malaysia ni bila sebut musim raya, tak kira raya melayu ke cina ke baik india, semua kita beraya sakan. Tak percaya, jom jalan kat area Chow Kit, kereta ya Allah, banyak sampai nak jalan pun tak berapa nak gerak. Itulah uniknya Malaysia. Tu belum kira bila musim kritikal, maksudnya dekat-dekat dua tiga hari nak raya. Lebuhraya, jalan kampung pun mula sesak. Campur lagi lepas raya sikit, mula lah ada kenduri kendara. Maklumlah ambil peluang saudara mara banyak kat kampung.

Makcik-makcik, kakak-kakak pun mula lah sibuk busy sampai tak menang tangan, al-kisah jahit baju anak, hatta yang buat kueh-mueh. Yang bisnes musim raya pun mulalah dah kutip laba. Tempahan kueh, baju raya dan ada juga bisnes kot deko-deko ni. Yaaa. Yang buat langsir-langsir tu. Seronok musim raya belum habis kita nak cerita, mungkin tak abis-abis kot. Kalau cerita pasal tiket, pasal tak boleh balik bukan sebab tiket abis pun ada. Ada yang mintak cuti tak dapat malah ada yang sudah 5 6 raya tak balik. Kesian. Tak pandai bodek bos kot.

Kepada yang nak balik raya, hati-hati memandu. Kepada yang dok main mercun, hati-hati main mercun. Kepada yang sedang buat kueh pun hati-hati nanti hangus. Salam Aidil fitri semua, maaf zahir dan batin saya kepada semua. 

Monday, 15 July 2013

Hindari keji mengeji dalam media sosial, hormati Ramadhan

Assalamualaikum w.b.t. Ramadhan tiba lagi. kini sudah hari ke enam kita bersama Ramadhan. Kata orang tua, semasa bulan puasa ni, syaitan dibelenggu, hairannya banyak juga yang nampaknya terlepas dari belenggu. entahlah. aku bukan nak bercakap pasal dosa pahala kerana aku bukan lah ustaz dengan kopiah atau serban. lagipun aku bukan ada ilmu pun. cuma nak protes pasal orang kita di Zaman millenium ni. satu hari tanpa media sosial takkan lengkap hari tu. sekarang ni telefon pun dah ada macam-macam medium interaksi yang semuanya terkini dan meletup-letup. kadang-kadang rasa diri ini kerdil pasal tak tahu nak guna benda-benda ni. 

 bukan nak protes hal-hal begini tetapi nak cerita pasal apa yang ditulis, dibincang dalam medium-medium baru ni. kata-kata yang kadang-kadang menyentap tangkai hati pun ada. memang dalam hadis cuma bincang pasal dosa-dosa dari mulut. walaupun tak pakai mulut, cerca, umpat keji ni semua kira dosa juga. lagi-lagilah kita dalam bulan Ramadhan yang mulia dengan sepatutnya elak dari melakukan perkara-perkara yang mcam ni. buka facebook tengok cerca, fitnah yang dari macam-macam punca. kadang dengan gambar yang diedit untuk seronok-seronok. kadang dengan video, walau betul sekalipun tak baik buka aib saudara kamu sendiri, kelak tuhan akan bukakan pekung kamu pula. sudah-sudah lah kawan. duduk atas dunia ni pun bukan lama. lagipun dosa-dosa macam ni kira dosa kering. dosa yang tak pasal-pasal. seronok pun tidak apa pun tidak, alih-alih berdosa tak pasal-pasal. musim pilihanraya ni walaupun cuma Pilihanraya Kecil, banyak lah hal-hal politik dalam media sosial ni. dah hal politik jarang yang kita rasa baik untuk dibaca. semua jenis-jenis yang bawa dosa free kat kita. entah lah. sama-sama kita renungkan. insyaAllah.

Saturday, 13 July 2013

Kenapa perlu hormati kontrak sosial

Aku generasi baru, lahirpun lepas merdeka. Aku juga bukan pejuang yang pegang senjata pergi berperang, malah aku juga bukan ahli politik yang selalunya menganggap diri sendiri sebagai pejuang. Ringkasnya aku hanya salah seorang dari Rakyat yang dah dapat macam-macam dari kerajaan. bagaimanapun aku cuba fahami sejarah seadanya. aku belek buku-buku lama, aku layari laman-laman yang ada kupasan sejarah. belajar dengan macam tu taklah dapat banyak, cuma kadang-kadang aku terfikir ramaikah orang yang cuba nak tahu sejarah macam aku ni.

bercakap pasal "KONTRAK SOSIAL", mengikut apa yang aku tahu, bila aku cakap macam ni tolong lah siapa yang pandai kupaskan lagi bagi pakat faham. lagipun tak ramai yang baca blog ni. kontrak bermakna terdapat perjanjian, sosial pula berkaitrapat dengan masyarakat. Perjanjian yang berkaitrapat dengan masyarakat boleh lah dikatakan maksud kepada kontrak sosial ini sendiri. Tatkala Malayan union cuba dijadikan perlembagaan di Tanah air kita dulu, British memperkenalkan satu konsep yang bernama Jus Soli. dalam konsep ini siapa sahaja lahir di tanah melayu sebelum tarikh berkenaan yakni 1946, maka secara otomatik dianggap warganegara yang sah. Kaum Melayu yang didokong UMNO yang masih relevan sehingga kini, membantah perkara ini. begitu juga bila diperkenalkan Persekutuan Tanah Melayu, masuh cuba diterapkan konsep Jus Soli ni. 1948 bantahan dari Kaum Melayu semakin kuat. mereka sekeras-kerasnya menolak konsep ini yang di anggap mengarut sama sekali.

semasa membawa delegasi kemerdekaan ke England, Almarhum Tengku di arah membicangkan perkara ini dengan persatuan kaum-kaum lain. memandangkan keperluan perkongsian kuasa, maka setelah melalui perbincangan yang panjang dan banyak kali, Jus Soli diterima dengan syarat; kaum melayu diberikan hak-hak keistimewaan yang tertentu dan kaum imigran diterima sebagai warganegara. inilah yang dinamakan KONTRAK SOSIAL, jika ada sebarang penafian atau persoalan tentang hak-hak istimewa melayu atau kewarganegaraan kaum lain, boleh di anggap melanggar kontrak. masa kini, banyak politikus-politikus dari pembangkang cuba mempersoalkan perkara ini. tahukah anda; jika anda seorang yang pernah ke universiti, atau kolej yang belanjanya almaklum dan semua orang tahu dan anda seorang anak kepada petani atau nelayan di kampung-kampung, anda akan kebuluran tanpa makan, bahkan anda akan dilarang mengambil peperiksaan sekiranya yuran tertunggak. kalau dah orang kampung biasanya melayu. tanpa hak istimewa anda tidak akan diberi biasiswa atau pinjaman pun kerana kelayakan untuk ini amatlah susah kerana mereka yang keputusan cukup makan pasti tidak akan dilayan.

kalau dulu-dulu, JPA, MARA dan ada lah satu dua agensi menguruskan pinjaman dan biasiswa anak-anak kita. kini PTPTN mengambil alih. kalau PTPTN tak ada, apa agaknya yang berlaku. sebenarnya PTPTN ni optional, tak ambik pun tak apa. kalau takut menanggung hutang tak payah ambik. belajar dengan duit mak bapak itu lebih kepada membebankan orang tua yang memang tak berapa ada. percaya tak percaya PTPTN ini lah yang banyak membantu kaum kita melayu. kalau nak belajar free terus. bukak universiti sendiri atau suruh lah pemimpin agung you all tu bukak dan pakat-pakat belajar kat situ. kat situ pensyarah dia tak bergaji pun tak apa kerana pemimpin agung you all tu kaya dan ternama. dia boleh suapkan nasi, kalau yang makan nasi lah.

jadi kalau you all rasa you all ni melayu, tolong hormati kontrak sosial ini. kalau kontrak tak diterima pakai atau terbatal kita akan rugi banyak. mereka kaum ekonomi. mereka ada segalanya, termasuk duit untuk hantar anak pegi universiti ternama kat luar. awak ada?

Friday, 12 July 2013

Kenali, ambil tahu dan fahami Wasiat Raja-Raja Melayu


Assalamualaikum, pakcik makcik, adik, kakak, abang atau kalau ada lagi tolong lah tambah. Alkisah yang nak dicakap ini ialah perihal golongan yang suka update status dalam media sosial dalam tidak sedar. Maksud aku dalam tidak sedar ni ialah tidak tahu apa yang ditulis mungkin menyebabkan dirinya akan ditimpa musibah atau dikecam oleh masyarakat yang memang boleh baca status berkenaan. Dah namapun media jadi tentunya bahan tulisan tadi akan tersebar meluas. Maaf kata lah! Tolonglah! Anda salah cakap, maka anda terima akibat. Terlajak perahu pun nak undur payah inikan pulak terlajak menulis. Hina agama, hina raja. Dah sah-sah tak boleh jangan lah buat. Pun ada yang buat jugak. ishhhhhh.

Pernahlah satu kali aku singgah kat salah seorang teman yang tinggal kat Selayang. Isteri teman aku ni warga Thailand. Dekat dinding rumah dia ada kalendar dengan gamabar Raja Bumiphol, Raja Thailand. Bila aku fikir balik, budaya Thailand kalau bab-bab menghormati raja amatlah jauh berbanding dengan kita. Anak muda yang kebanyakkan pro pembangkang, maaf kata, selalu cakap kita tak perlu raja. Ehhhh.. tahukah awak yang dimaksudkan dengan “Raja”. Memang secara zahir macam membazir duit kerajaan kan..

tetapi Raja ini lah payung kepada kita semua, terutama orang melayu. Hak melayu mempertahankan kedudukan raja-raja melayu. Hak melayu pertahankan bahasa melayu sebagai bahasa rasmi negara. Dan diwasiatkan oleh raja-raja melayu semasa kemerdekaan dulu akan kedudukan Bahasa Melayu, Ugama Islam begitu juga dengan hak-hak istimewa orang melayu.


Aku terpanggil untuk menulis pasal ni bila aku tengok seorang melayu yang memang dungu menghina lagi raja Melayu dalam status FB dia. Memang bodoh. Anda telah melanggar salah satu rukun negara dan sepatutnya anda boleh diusir dari bumi bertuah ini. Sama-sama kita berdoa agar bumi bertuah tanah Malaysia ini akan sentiasa aman. Berikanlah kekuatan untuk para pemimpin kita agar ada kudrat untuk menentang anasir jahat bagi menghancurkan Tanah air kita. Amin.



mungkin nak baca dekat gambar di atas agak kabur, jadi aku tambah lah kat bawah ni isi yang ditulis pada gambar di atas.


1.       Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama Malaysia);
2.       Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain;
3.       Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara;
4.       Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini;
5.       Kami isytiharkan ISLAM adalah Agama Persekutuan;
6.       Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU;
7.       Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).
ketahuilah kawan-kawan kita orang melayu senang cari makan, senang duduk atas bumi bertuah ini, nak-tak nak antara sebabnya perkara-perkara di ataslah yang menjadikan kita senang. Mereka yang suruh kita buat itu ini memang dah kaya raya. mereka "tak berpayung pun tak kena hujan". Yang basah kuyup, yang susah kita sahaja. Pasal? Kita hanya golongan rakyat yang memang perlukan PAYUNG. Sekian wassalam.

Friday, 5 July 2013

Aduyai Pening pakcik

Sakit kepala pak cik bila dengar cerita bagai-bagai hari ni. nun kat Mesir sana ada cerita yang lebih besar. bgitu jugak dekat Syria. tapi al-kisahnya dekat bumi bertuah kita ni pun duu satu masa yang selang beberapa bulan lepas pun dekat nak jadi jugak hal-hal sedemikian. 

kaji punya kaji otak yang tak sebijak manapun tahu puncanya; cuma satu tiada dua, nak kuasa semata-mata. tahukah anda yang menyuratkan kuasa itu milik siapa-siapa hanya Allah sahaja. memang ada pilihanraya lah, lantik macam tu pun ada tapi yang tertulis akan mempunyai kuasa tetap juga berkuasa.

bumi bertuah ni pun kadang mula terasa ada angin panas yang bertiup entah dari mana.. tup-tup terasa pipi membahang. ada kalangan rakyat boleh menulis perkara yang sensitif dalam laman sosial termasuklah hal agama dan rasis. puncanya juga kuasa. ada pemimpin yang terlalu dahagakan kuasa hingga hal-hal sebegitu ditolak tepi seolah tak memberi apa-apa impak kepada kami yang memegang status rakyat ni.

aku orang melayu. kawan aku pun melayu. yang cina dan india pun ramai kawan aku. tengok kat wall Facebook aku. banyak juga kawan-kawan yang dari bagai-bagai bangsa. aku tak pernah rasis. aku memang bangga dengan bangsa aku, ugama aku, tapi aku hormat dengan bangsa lain begitu juga ugama lain. bila ada yang kata melayu dah lama untung, sekarang tiba masa untuk semua rakyat menikmati perkara-perkara yang selama ini orang melayu dapat, agak terkejut jugak aku. lagi-lagilah yang cakap macam tu pun melayu jugak. memang kita tahu kerajaan ada bagi keistimewaan untuk orang melayu. tu pasal masa nak merdeka dulu raja-raja melayu mewasiatkan sesuatu yang ada kena mengena dengan perkara ini. Semak "wasiat raja-raja Melayu". kira macam perjanjian dalam pembentukan negara kita masa tu. 

wahi Polan yang belum sedar... bangun lah... kita bancuh lagi negara kita jadi negara yang kuat. bukan berpecah mengikut bangsa. kita kalau kat luar negara tak kira melayu cina biasa tanya "Malaysian?" bukan chinese atau malay beb. dah aku cau dulu...

PEDANG KEMBAR KIRK EPISOD 2

PEDANG KEMBAR KIRK EPISOD 2

Zamir menyandarkan tubuhnya ke sebatang pokok rendang. Perjalanan yang ditempuhinya seharian amat memenatkan. Zamir membuka bekas makanan dan mula menggigit sebahagian dari roti yang memang dibawa sebagai bekal. Semalam dia masih di Zolur. Zolur terletak di bahagian selatan kota Galon. Zolur wilayah yang tidak pernah diusik tentera Orok. Kedudukan Zolur yang agak terpisah dari wilayah-wilayah lain kerana dibatasi banjaran Tanur yang bersempadan dengan Zurr menyebabkan tentera Galon tidak menyerang mereka. Sebenarnya orang-orang Zolur juga dari keturunan yang agak hampir dengan kaum Urk. Ada orang tua mengatakan susur galur keluarga mereka sama, Cuma agak berjauhan terpisah dengan banjaran Tanur di sebelah timur. Memang dari bentuk badan dan wajah mereka tidak banyak berbeza.

Zamir seorang anak muda berusia 21 tahun. Dia amat berbakat dalam ilmu pedang. Semenjak berusia 18 tahun namanya mula meniti di seluruh pelusuk benua Kirk. Kadang-kadang mereka sendiri tidak tahu usia sebenar Zamir. Zamir pernah bertarung dengan Kirum, jeneral utama dalam angkatan Orok. Kirum tidak pernah tewas sebelum itu. Setelah bertarung dalam pertarungan yang agak sengit, Kirum akhirnya terbunuh dan kematian Kirum itu membuatkan Galon mengamuk mencari manusia bernama Zamir. Zamir seperti hantu, susah dikesan kerana pada pandangan biasa, kelihatan anak muda itu tidak seperti pemain pedang yang hebat. Dia Cuma seorang pemuda biasa yang Cuma berjalan dengan 2 bilah pedang. Walaupun mempunyai 2 pedang, tidak pernah dalam hidupnya dia membuka pedang yang dibalut rapi dengan kain hitam semasa bertarung. Mengikut mereka yang bercerita, pedang itu jika dibuka pembalutnya pasti akan menimbulkan suasana yang amat mengerikan. Dalam sibuk bercerita, ada pencerita-pencerita ini sampai bercerita kepada Zamir sendiri.

Sebenarnya Zamir bukan membalut pedangnya kerana takut kengerian yang akan berlaku. Pedang yang dibalut itu adalah pedang pusaka dari ayahnya. Pedang itu ada mitos dan lagenda yang diceritakan dari pemain-pemain pedang di benua Kirk. Itulah Kiron, saudara kembar Kilesius yang menjadi milik Zoltan kini. Cuma Zamir tidak pernah mengenali Zoltan. Mereka tidak pernah bertemu apa lagi berkenalan. Nama Zamir mungkin terkenal tetapi tidak Zoltan. Zoltan memang hebat dalam ilmu pedang tetapi tidak pernah bertarung, lain halnya dengan Zamir. Sudah banyak pemain-pemain pedang handalan yang ditewaskan. Zamir bukan lah suka membunuh, jadi setiap kali selepas memenangi pertarungan maka bertambah lagi seorang musuh yang berdendam dengan nya. Lantas atas nasihat gurunya, Zamir menutup mukanya semasa bertarung supaya tidak dikenali musuh. Ada juga yang terpaksa Zamir bunuh semasa pertarungan. Antaranya Kirum. Kirum menyerang hendap dari belakang semasa Zamir meninggalkan pertarungan yang baru sahaja selesai. Bagaimanapun Zamir amat berhati-hati dan bersedia dengan perkara seperti ini. Akibatnya Kirum terpaksa kehilangan kepala sebagai bayaran untuk sikapnya.

Sambil menikmati cebisan roti, Zamir mencari kalau-kalau ada orang untuk bertanya pekan atau kota. Sudah lama dia tidak merebahkan badan di atas tilam. Kalau ada pekan mungkin ada rumah tumpangan untuk Zamir bermalam. Kemudian, dari kejauhan  dia mendengar suara gadis sedang ketawa dan berbual. Dari jauh dia melihat 3 gadis sedang berbual dengan agak rancak dan seperti tidak sedar tentang dirinya yang sedang berdiri tidak jauh dari mereka. Zamir lantas menuju ke arah mereka dan ketika itulah ketiga-tiga nya terperanjat. Dengan wajah ketakutan mereka berpeluk sesama sendiri. Zamir tersenyum sahaja melihat keadaan gadis-gadis itu. “ saudari! Jangan takut. Saya bukan orang jahat. Cuma ingin bertanya sahaja”. Setelah beberapa ketika barulah ketiga mereka melepaskan pelukan. Agaknya percaya dengan ucapan Zamir yang memang ikhlas itu. “ohh… memang kami takut. Saya dan adik-adik saya terfikirkan penculik. Sudah banyak gadis yang hilang sebelum ini”, gadis yang seperti paling tua menjawab. “saya ini seorang musafir. Datang dari Zolur. Kalau ada pekan atau Bandar bolehlah saya menumpang tidur. Maksud saya mungkin ada rumah tumpangan di situ”,Zamir bersuara. “pekan agak jauh dari sini. Kalau tidak keberatan marilah berjumpa dengan bapa kami. Mungkin dia boleh membantu saudara”,ungkapan gadis itu akhirnya membuat Zamir menurut sahaja langkah mereka.

Dari kejauhan kelihatan rumah-rumah yang hampir sama bentuk tersusun rapi. Ada jalan yang cantik di antara rumah-rumah tersebut. Dalam hati Zamir sedikit teruja dengan keindahan kampung gadis-gadis yang baru ditemuinya tadi. Setelah beberapa minit, mereka tiba ke sebuah rumah yang Zamir fikir mungkin rumah gadis-gadis tadi. Setalah salam diberi, muncul seorang lelaki dalam usia lewat 40an di pintu. “perkenalkan saudara, ini bapa kami. Saudara bolehlah bertanya apa-apa padanya. Saya dan adik minta diri. Assalamualaikum”, gadis tadi meminta diri sambil berlari menuju ke arah belakang rumah mereka. Kemudian terdengar lagi mereka tertawa. Mungkin Zamir sendiri yang menjadi topik perbualan mereka kali ini.

“Assalamualakum pakcik. Saya dari Zolur. Berjalan hanya mengikut kaki. Tak ada tempat untuk dituju. Malam pun sudah hampir. Kalau ada pekan berdekatan mungkin saya boleh bermalam di situ.”, pantas Zamir mengucapkan apa yang sepatutnya kepada lelaki didepannya. Sengaja Zamir tidak menyebut namanya. Takut juga kalau ada di kalangan musuhnya di situ. “ohh. Walaikum salam. Nak! Kalau dari sini pekannya agak jauh. Mungkin dalam 3 jam berjalan baru sampai. Siapa nama anak ini. Kalau boleh pakcik ingin juga tahu nama orang yang bercakap dengan pakcik ni”, kata-kata lelaki ini membuatkan Zamir serba salah. “Err. Pakcik, bukan sengaja saya mau berahsia. Tetapi sekadar berhati-hati. Saya ini orang merantau kadang pernah berbuat silap, mungkin ada musuh sedang menunggu saya. Saya harap pakcik tidak marah dengan jawapan saya ini”,perlahan Zamir bersuara. “kalau begitu tidak apa-apa anakku. Pakcik rasa anak ini bukan orang jahat, jadi malam ini tidur sahaja di rumah pakcik. Boleh juga jadi teman berbual”, sambil tersenyum Zamir hanya menggangguk tanda setuju.

Malam sudah merangkak agak jauh. Makanan yang dihidangkan oleh anak-anak Pak Titus amat lazat sekali. Mungkin selalu sangat dengan roti yang menjadi bekalan menyebabkan Zamir begitu berselera. Zamir mengangkat bungkusannya untuk di simpan ke suatu sudut di dalam rumah Pak Titus yang baru dikenali petang tadi. Pelawaan Pak Titus sekurang-kurangnya menjadikan Zamir tidak tidur di hutan seperti selalu. Dia amat bersyukur dengan pelawaan itu. Dia juga gembira dengan layanan keluarga itu. Baginya Pak Titus seorang yang amat baik. “banyak barang anakku?”, tegur Pak Titus menyebabkan Zamir kaget seketika. “uhh, terkejut saya pakcik, adalah sikit”, jawabnya ringkas. Dia tahu Pak Titus cuba mengajaknya berbual. Lagipun memang dia gembira bila ada yang ingin berbual dengannya ketika ini.

“Pakcik. Nama saya Zamir”, tegas Zamir sambil merenung mata Pak Titus untuk melihat reaksi Pak Titus. “Zamir… pendekar yang selalu orang katakan itu kah?”, kaget Pak Titus memandang Zamir. “mungkin juga pakcik. Saya tidak tahu ada yang bercerita tentang saya. Ini pedang saya”, lantas Zamir membuka pedangnya sambil menghulurkannya pada Pak Titus. Di Kirk, sudah menjadi adat kalau tetamu biasanya menghulurkan pedang kepada tuan rumah tanda bersahabat. “cantik pedang ini. Pakcik pun juga pernah menjadi pemain pedang, lama dulu dan tak lah terkenal macam nak Zamir. Cuma boleh pakcik bertanya, betulkah nak Zamir ada 2 pedang?”. Pertanyaan itu paling tidak mahu didengar oleh Zamir. Padanya soalan itu boleh mengundang bahaya pada dirinya juga keluarga Pak Titus. Lama dia berfikir. Memikirkan Pak Titus bukan lah orang jahat yang ingin mengambil kesempatan, bahkan kelihatan Pak Titus juga tidak membahayakan dirinya, Zamir pun menarik keluar satu bungkusan panjang miliknya. Tanpa menjawab Zamir membuka bungkusan itu dan keluarlah sebilah pedang dengan berbungkus pada matanya. ulu pedang itu dibuat dari gading berwarna hitam. Terdapat seekor helang sedang menerkam sebuah pulau seperti bentuk benua Kirk. “Kiron…”, itu sahaja ungkapan Pak Titus yang menyebabkan Zamir terpinga-pinga. “siapakah sebenarnya Pak Titus ini?”, fikirnya. “pakcik kenal dengan pedang ini?”, soalnya. Pak Titus hanya mengangguk. Setelah seketika dia berpaling pada Zamir. “Anakku Zamir, anakku jangan sesekali biarkan sesiapa lagi melihat pedang ini. Ini pedang terhebat. Pemiliknya pasti seorang yang amat hebat. Jika sembarangan orang pasti tidak boleh menghunus Kiron. Nanti jika berpeluang, pergilah ke sebalik banjaran Tanur, firasat pakcik di situlah Kilesius berada. Kirk dalam bahaya dan kamu dan pemilik Kilesius perlu menyelamatkan Kirk.”,panjang sekali ulasan Pak Titus. Untuk pertama kalinya Zamir mebuka bungkusan mata Kiron. Di situ ada tulisan “HITAM” tertulis di atas mata Kiron. Mata Kiron tidak seperti Kilesius, berkilat. Mata Kiron hitam seperti warna gangsa, malah lebih pekat hitamnya. “insyaAllah pakcik. Itulah tujuan saya. Mencari Kilesius”. Setelah itu, Zamir menyimpan kedua pedangnya. Mereka hanya berbual tentang perkara-perkara lain sehingga kedua nya tertidur.

Galon masih lagi memikirkan kelalaiannya semasa menyerang Zurr 9 tahun dulu. Benaknya selalu membayangkan Zodan datang ke istananya lalu membunuhnya. Pengawal? Bukan Galon tidak percaya dengan pengawal-pengawal yang ada. Kalau Zodan yang datang, pengawal-pengawal istana itu hanya mampu membolehkan dia bersembunyi sahaja. Itu pun jika mereka Berjaya melengahkan Zodan. Zodan bukan manusia biasa pada Galon. Tetapi tidak pernah sekalipun Galon menyebutnya di depan orang. Pada pandangan orang Galon tidak pernah mempunyai istilah takut dalam dirinya.

Pengganti Kirum juga nampaknya tidak sehebat Kirum. Entah macam mana jeneral kanannya itu boleh tewas, Galon juga tidak pasti. Ataupun dalam dunia ini sudah ramai pendekar yang hebat muncul. Mungkin juga lebih hebat dari dirinya dan Zodan. Tetapi mengapa tidak muncul di kalangan kaum Orok? Itu lah yang memeningkan Galon. “Ahh, jika ada di kalangan kaum Orok yang hebat pasti takhta ini sudah lama di rampas”, keluhan terakhir Galon ini ternyata menyebabkan Galon tersenyum sendirian. Lihat sahaja dirinya. Kuat dan tidak terkalah. Langsung yang pertama dilakukannya dulu adalah merampas takhta. Dan kini dialah Raja Agung Kirk. Semasa Raja Yunon dulu kaum Orok hanyalah kaum kasar yang kerjanya bergaduh sesama sendiri sahaja. Kini kaum Orok kaya, hebat, ditakuti dan paling nyata berkuasa. Di bumi kirk tidak ada kaum lain yang setanding Kaum Orok. Ini semua kerana Galon. Dia menjajah, menyerang malah menghapuskan banyak etnik-etnik lain di benua Kirk ini. Tetapi itu semua tidak bererti jika Zodan dan kaumnya masih ada.

Galon teringat ketika berumur 20an dulu. Nama nya cukup gah di benua Kirk dengan kegagahan dan kehebatannya bermain pedang. Pantang terdengar ada pemain pedang yang hebat pasti Galon berusaha untuk mencabar pemain pedang berkenaan. Satu demi satu pendekar tewas di tangan Galon, sehinggalah suatu hari Galon bertemu dengan Zodan. Zodan bukan lah pemain pedang ternama. Apa yang menarik, Galon secara tidak sengaja terpandang hulu pedang Zodan, bentuk gading putih yang menjadi ulu pedang itu amat menarik dan kelihatan hebat pada pandangan matanya. Benar, kebanyakan orang mempunyai pedang di Kirk, tetapi jika memiliki pedang sehebat itu pasti bukan sembarangan orang. Lantas tanpa disedari anak muda itu, Galon mengekori nya secara senyap-senyap. Niatnya bila di tempat yang sunyi nanti dia akan menewaskan pemuda itu lantas memiliki pedang hebat miliknya.

Galon tahu pemuda itu dari kaum Urk. Telahannya ternyata benar bila pemuda itu menuju ke Zurr yang memang wilayah Urk. Semasa menunggu kedatangan perahu untuk melintasi sungai Lilius, Galon merasakan itulah kesempatan terbaik yang ada. Dia lantas melompat ke depan pemuda itu sambil ketawa sombong. “ heii budak. Aku rasa, engkau membawa sesuatu yang aku rasa milik aku. Serahkan saja pedang itu dan kita lupakan yang kita pernah bertemu!!”, sergah nya, namun pemuda itu tenang sahaja. Galon jadi serba salah. “benar, budak ini bukan orang sembarangan”, dalam hatinya terdetik. “Hei Galon, aku ni orang biasa, tidak bernah bermusuh apa lagi mengambil hak milikmu”,terkejut Galon mendengar kata-kata pemuda itu. Kenapa pemuda itu tahu namanya. Dan apakah dari tadi lagi dia menyedari bahawa Galon mengekorinya secara senyap.

Galon bukan jenis yang banyak berbahasa. Dengan langkah hebat dihunusnya pedang miliknya lantas membuka langkah pertama menyerang pemuda itu. Menakjubkan bila pemuda itu mengelak serangan Galon tanpa menghunus pedang pun. Buat pertama kali dia mula terasa perasaan yang tidak enak.,“Mungkinkah aku akan tewas hari ini”. Galon berpaling untuk menyerang lagi. Kakinya dikukuhkan agar serangan kali ini tidak lagi sia-sia. Pandangan bengisnya menikam wajah pemuda di depannya. Pedangnya digenggam kukuh. Mata mereka bertentangan. Pemuda itu mula menghunuskan pedang. Kali ini Galon dapat melihat sinaran dari mata pedang yang begitu diidamkannya. Berkilat dan kelihatan amat hebat sekali. Keinginan untuk memiliki pedang itu membuak-buak dalam dadanya. Namun dia sedikit gusar kerana musuhnya kali ini begitu tangkas sekali. “siapa kau hei budak?, langkahmu Nampak bagus tetapi sebelum engkau mati sekurang-kurangnya aku tahu aku telah membunuh siapa”, angkuh saja Galon bersuara. Tangannya menggenggam terus pedang miliknya. Kali ini pasti kepala pemuda itu terpisah dari tubuhnya. Itu tekad Galon waktu itu. Galon tidak menunggu jawapan dari pemuda itu tetapi terus saja menyerang kali kedua. Kali ini matanya tersilau dengan satu kilauan kilat dari pedang pemuda itu menangkis pedang yang dihayunkan. Sekali lagi Galon cuba menetak, tetapi hayunannya masih terhalang dengan tangkisan mudah dari pemuda itu. Setelah mencuba beberapa kali, Galon menetapkan semula langkahnya. “hebat sekali budak ini”, fikirnya. Setelah seketika dia menyerang lagi, kali ini hayunan pedangnya di buat dengan sekuat hati. Apa yang amat pelik Galon lihat ialah pemuda itu tidak menagkis lagi tetapi turut menghayun pedang miliknya secara selari dengannya. Tiba-tiba pedang mereka berlaga dan dentingan yang amat membingitkan telinga terhasil. Tangannya terasa kebas dan apa yang ditakuti Galon terjadi juga. Pedangnya melambung tinggi dan jatuh jauh dari nya. Dan Sesuatu sudah berada di lehernya. Nafasnya mencungap, bukan sahaja keletihan semasa pertarungan tadi menyebabkan dia tercungap, tetapi mungkin itu lah saat terakhir dalam hidupnya. Matanya terasa gelap walaupun Galon pasti dia tidak memejamkan mata. Ketika itu perlahan-lahan dia menurunkan lututnya ke tanah dan membiarkan sahaja pemuda itu memutuskan bila saat untuk memisahkan kepala dari tubuhnya. “aku bukan siapa-siapa, tetapi aku pasti nama aku akan engkau ingat sampai bila-bila Galon, namaku Zodan”, akhirnya pertanyaan Galon tadi dijawab juga. Galon masih melutut semasa melihat Zodan meninggalkannya lalu menyeberang sungai Lilius. Dia tewas, dan peristiwa itu hanya dia, Zodan, dan pengayuh perahu itu sahaja yang tahu. Sehari selepas itu pengayuh perahu itu dibunuhnya. Dan tiada siapa yang tahu selain Zodan bahawa Galon pernah ditewaskan, bahkan dengan mudah.

Kini peristiwa itu sudah lama berlalu. Ternyata apa yang Zodan bisikkan padanya dulu benar-benar terjadi. Dia tidak pernah melupakan nama Zodan. Dia merenung cermin di bilik tidurnya. Tubuhnya masih sasa, Cuma wajahnya tampak lebih tua. Rambutnya juga sudah banyak yang putih berbanding warna hitam, malah keningnya juga dihiasi dengan bulu-bulu berwarna putih. Dia juga masih pemain pedang terhebat. Setiap yang dihadapinya pasti mengucapkan selamat tinggal kepada dunia. Sudah ratusan malah ribuan nyawa yang melayang di mata pedangnya. Pedang yang sama pernah tercampak sewaktu melawan Zodan dulu.

Selain Zodan, Galon tidak takut pada sesiapa. Sekarang dia amat mahukan seorang yang bernama Zamir. Sehebat mana dia atau selincah manapun Galon pasti boleh menewaskan Zamir. Itulah keyakinan Galon. Banyak perisik dihantarnya pulang tanpa dapat mengesan Zamir. Kata mereka Zamir menutup muka semasa bertarung. Itu lah yang membingungkan Galon. Kenapa perlu menutup muka. Biarlah semua orang kenal dengan kita yang hebat bermain pedang. Pada Galon Zamir seorang pengecut. Pengecut yang berselindung di balik penutup muka. adakah Zamir itu Zodan atau mempunyai kaitan dengan Zodan. Pernah juga Galon menyiasat pedang yang digunakan Zamir. Adakah pedang yang sama yang pernah menewaskannya dulu. Bukan. Zamir membawa 2 pedang. Adakah pedang kedua itu pedang yang pernah menewaskannya dulu?. Galon terus berteka-teki. Akhirnya Galon terlena dalam tandatanya.

Zodan melihat Zoltan menguis-nguis tanah di bawah pokok di depan rumahnya dengan asyik. Anak muda itu semakin hari semakin menjadi seperti dalam jangkaannya. Ilmu pedang yang diturunkan kepada anak muda itu semakin dikuasai. Malah kadang-kadang Zodan merasakan Zoltan lebih hebat darinya semasa seusia itu. Kerana itu lah dia tidak teragak-agak mewariskan Kilesius pada Zoltan. Lagipun dia hanya mempunyai seorang anak perempuan untuk mewariskan sebilah pedang. Jesteru Zodan memilih Zoltan. Zoltan juga seperti anaknya sendiri. Ayah Zoltan dulu bukan lah pahlawan seperti dirinya. Hanya seorang petani biasa di Zurr. Ibunya pula adalah sepupu Zodan sendiri. Jadi Zoltan bukanlah orang lain dalam hidupnya. Hubungan kekeluargaan menjadikan Zodan terasa bertanggungjawab untuk membesarkan Zoltan. Semasa menyelamatkan Zoltan dulu, dia bukan sengaja mahu meninggalkan ibu Zoltan. Dalam hiruk pikuk pertempuran, dia mencari sepupunya itu tetapi tidak dapat ditemui. Malah ramai juga yang Zodan selamatkan hari itu tetapi bukan ibu Zoltan. Hampir 3 hari Zodan berulang alik dari gua ke bekasan Bandar Zurr mencari ibu Zoltan tetapi tetap juga hampa. Jadilah Zoltan seorang anak yatim piatu. Dia membesarkan Zoltan dengan penuh kasih sayang. Zoltan juga amat menghormatinya. Malah Zoltan memanggilnya ayah seperti seorang anak. Penduduk Zurr sendiri sudah menganggap Zoltan sebagai anaknya walaupun kebanyakkan mereka tahu dia bukan lah bapa kandung Zoltan. Dia juga pernah terfikir untuk kahwinkan saja Zoltan dengan anaknya. Cuma dia terfikir adakah Zoltan mahukan anaknya. Ainur bukan masalah baginya. Anak perempuanya itu tidak pernah membantah cakapnya. Lagipun Zodan tahu Ainur memang menyukai Zoltan. Cuma Zoltan saja yang susah dibacanya. Zoltan memiliki raut wajah yang agak tampan. Dalam ketampanan Zoltan selalunya terselit wajah tanpa riak seperti tiada perasaan. Zodan sendiri tidak tahu samada Zoltan sedih, suka atau apa saja perasaan pada wajah Zoltan. Yang Zodan tahu Zoltan amat bersungguh bila bermain pedang.

Saturday, 29 June 2013




Pedang Kembar Kerk (episod 1)

M
atahari pagi sudah semakin terik. Keringat Zodan mula memercik dek keterikan itu tetapi nampaknya Zodan seperti tidak terganggu. Matanya tajam menyorot ke arah Dataran Ilmes. Padang rumput luas, rata dan hanya ditumbuhi pokok-pokok renek selain rumput kelihatan seperti biasa sahaja. Cuma hari ini tiada secuit angin pun menghembus seperti biasa.
Sebenarnya Zodan bukan memandang apa-apa pun. Dia mengelamun mengimbau peristiwa 9 tahun dulu. Peristiwa yang tak mungkin dilupakan sesiapa saja, baik penghuni Lembah Lilius yang bersempadan dengan Dataran Ilmes, atau siapa sahaja yang tinggal di benua kecil Kirk ini pasti tidak akan lupa dengan jerit pekik, dengan  darah merah yang memercik ke sana sini juga dengan bunyi denting-denting pedang yang amat mebingitkan telinga. Kisah 9 tahun dulu itu jugalah yang menjadikan kaum Urk dari sebuah kaum yang besar menjadi cuma 14 keluarga. Kalau dulu bangsa Urk amat hebat dengan panglima-panglima mereka, dengan meriahnya pekan Zurr yang menjadi tempat tinggal mereka. Pengunjung-pengunjung datang dari setiap pelusuk benua Kecil Kirk ini untuk pelbagai urusan. Kemudian  kemakmuran itu hilang sekelip mata hanya kerana peristiwa 9 tahun dulu itu.

Zodan bertubuh tegap, kekar dan padanya tergambar watak seorang pemimpin. 9 tahun dulu Zodan menjadi panglima Kaum Urk, bertempur di Dataran Ilmes ini. Pedangnya penuh dengan darah, tubuhnya penuh luka, namun tubuh kekar itu tidak mungkin rebah hanya kerana luka sebanyak itu. Angkatan Kaum Orok menyerang mereka tatkala fajar masih belum bermula. Tanpa sedia mereka terpaksa bertahan dengan kudrat yang ada. Biarpun darah kaum Urk itu dari darah panglima, mereka tetap manusia yang pasti akan gentar dengan serangan dari puluhan ribu askar yang memang terlatih dan lengkap. Anak kecil, orang tua, juga kaum perempuan banyak yang terkorban. Ketika berlarutan perang hingga ke pagi, Zodan tidak tahu berapa banyak musuh yang ditebasnya. Yang pasti Zodan bukan pahlawan sembarangan. siapa sahaja musuh yang melintas pasti gugur menyembah bumi. Dalam samar matahari pagi mata Zodan tersilau pada sesusuk tubuh tegap tidak jauh daripadanya. Dia ialah Galon. Galon adalah ketua klan Glur dalam puak Orok. Galon lah yang merancang segalanya. Kini Galon ialah pemerintah Benua kecil Kirk. Yunon pemerintah terdahulu kaum Orok dikatakan terbunuh semasa tidur ketika diserang penceroboh di istananya. Selepas pelbagai khabar angin melanda, akhirnya, kumpulan Senat Orok melantik Galon sebagai pengganti. Semasa pemilihan itu seorang dari senat Orok terbunuh. Kata orang kerana dia seperti tidak bersetuju mengenai perlantikan Galon. Beliau pernah menuduh Galonlah dalang pembunuhan Raja Yunon. Raja Yunon memang ganas, zalim dan tidak begitu bijak, tetapi baginya Yunon lebih baik dari Galon. Selepas menaiki takhta, Galon mula menyerang seluruh pelusuk benua Kirk. Banyak kampung dan pekan musnah kerana keganasan Galon. Kebetulan kaum Urk adalah kaum yang amat dibencinya. Bukan kerana mereka lebih berjaya, tetapi puncanya cuma satu. Tiada yang pernah menyebabkan Galon rebah tewas di mana-mana pertarungan atau pertempuran kecuali seorang Urk bernama Zodan.

Zodan berlari ke arah Galon yang cukup dikenalinya. Suatu ketika Zodan pernah meletakkan mata pedang di leher Galon. Setelah satu pertarungan di tebing Sungai Lilius yang menjadi sempadan kepada Dataran Ilmes, pedang milik Galon tercampak dan sepatutnya ketika itu Galon sudah tersungkur rebah dan tidak bernyawa, tetapi kelembutan hati Zodan membenarkan Galon terus bernafas. Kini Galon sekali lagi di depannya. Dia tidak akan berlembut hati untuk kali kedua. Langkahnya pantas dengan pedang terhunus terus menuju ke arah Galon. Ketika itu dia terpandang seorang kanak-kanak sedang berlari dikejar askar Orok. Langkahnya mati seketika. Lantas dia membuat keputusan untuk menyelamatkan kanak-kanak itu. Askar Orok itu menjadi mangsa pedang Zodan dengan mudah dan ketika Zodan mengangkat kanak-kanak itu, tangannya terasa hangat dengan darah yang mengalir dari belakang kanak-kanak itu. Zodan tanpa banyak berfikir terus membawa kanak-kanak itu keluar dari Dataran Ilmes. Sekali lagi Galon terlepas dari mata pedang Zodan.

Perang terus berlanjutan hingga matahari hampir terbenam lagi. Dentingan pedang juga tidak sebingit awal pagi. Raungan kesakitan juga semakin kurang. Tentera Orok kelihatan di mana-mana. Kaum urk banyak yang rebah dari yang masih berjuang. Kemenangan jelas milik Orok. Bandar Zurr lenyap. Dataran Ilmes merah dengan darah. Galon tertawa megah dengan kemenangan itu. Bandar Zurr malam itu terang dengan api dari rumah yang dibakar. Tiada satu pun terkecuali. Dan Galon pasti tiada lagi kaum Urk di bumi ini.
Gallon sebenarnya silap. Disebalik lembah Lilius, dari barat terdapat satu banjaran bukit yang juga dikenali dengan banjaran Tanur. Di antara bukit-bukit yang berbanjar membentuk banjaran itu terdapat bukit kecil yang padanya terdapat sebuah gua besar. Kewujudan gua itu tidak pernah diketahui Galon. Hanya beberapa orang saja pernah ke situ. Antaranya Zodan sendiri. Di situlah Zodan membawa anak kecil yang diselamatkannya serta beberapa orang Urk yang tercedera. Anak kecil itu tertidur seketika. Barangkali kesakitannya juga hilang sementara terlena. Di sudut gua yang lain ada juga beberapa orang yang terselamat. Semua mereka penuh luka dan dalam kesakitan. Penderitaan mereka memang memuncak, tambahan perut mereka pula seharian tidak diisi.

“jauh mengelamun saudaraku?”, satu suara singgah di telinga Zodan lantas mengejutkan Zodan dari lamunan.  “ohh, Tikri. Dari mana saudaraku?”, Zodan tidak menjawab sebaliknya bertanya kembali kepada lelaki yang menegurnya. Lelaki itu seorang yang agak sasa tetapi sedikit berisi. Rambutnya seperti kaum Urk yang lain berwarna sedikit kemerahan. Mata hijaunya merenung Zodan lembut. “aku kebetulan mencari sedikit daun keladi ungu tadi. Isteriku minta untuk dijadikan ubat katanya. Kebetulan terlihat saudaraku di sini. Seperti dalam kesusahan saja? Ceritalah padaku kalau itu boleh meringankan beban.”

Tikri merupakan sahabat Zodan. Sebelum peperangan dia seorang pembuat jarum serta alatan jahit lain seperti benang dan juga kain. Dia memiliki kilang tenun dan merupakan antara yang paling kaya di Bandar Zurr. Tikri bukan seorang panglima sepertimana Zodan tetapi Zodan amat menghormati Tikri. Bukan kerana kekayaan Tikri tetapi ada sesuatu yang mengkagumkan Zodan tentang Tikri. Buktinya selepas perang Zodan masih mengkagumi Tikri. Tatkala membina semula masyarakat Urk di bekasan Bandar Zurr ini semua orang mengangkat Zodan sebagai pemimpin mereka. Dan dengan rendah hatinya Zodan menerima dengan syarat biarlah Tikri membantunya. Sesetengah dari kaum Urk yang tinggal tidak faham kenapa Zodan begitu mementingkan Tikri.

“tiada apa saudaraku. Hanya mengambil angin. Lagipun kita sudah lama dalam keadaan aman. Tiada apa yang merisaukan aku selain perang. Agaknya Galon puas dengan apa yang dia miliki sekarang”, lembut Zodan mengeluh. Suasana hening seketika, kerana masing-masing diam. Tikri seperti tahu apa yang tersirat di hati Zodan ketika itu. Manakan tidak, dia juga melihat peristiwa berdarah itu. Malah dia juga mengangkat pedang, Cuma kudrat seorang yang biasanya menjahit dan menenun, akhirnya Zodan juga yang menyelamatkannya. “Ayuh saudaraku, kita ke warung. Sepatutnya kita di sana, bukan berjemur di sini”, akhirnya kata-kata Tikri itu menyebabkan Zodan tersenyum dan kedua mereka mengatur langkah kearah keriuhan Bandar Zurr yang dibangunkan semula.

Zurr bukanlah Bandar besar seperti kota Galon. Kota Galon dinamakan sempena nama rajanya. Di sana penuh dengan keseronokan. Dalam keseronokan di sana terselit pula jenayah. Manakan tidak, Bandar itu dipenuhi kaum Orok yang terkenal ganas serta kasar. Perempuan-perempuan kaum lain dipaksa menjadi pelacur di sana. Selepas perang Kota Galon menjadi serba mewah dengan kekayaan hasil perang. Dan kekayaan itu menjadikan kaum Orok ada yang lupa diri, tamak serta mementingkan diri. Penjara untuk kaum Orok terpaksa dibina bagi menyelesaikan masalah ini. Di Kota Galon juga terdapat penjara yang menempatkan kaum lain yang ditangkap semasa perang. Kaum lain bukan tiada di kota Galon, tetapi mereka terpaksa menjadi seperti kaum Orok untuk terus hidup di kota itu. Lain pula di Zurr. Pekan kecil itu ada juga kegembiraan. Ada warung tempat membasahkan tekak atau menghilangkan lapar. Ada juga pentas untuk acara nyanyian yang biasa dibuat sebulan sekali. Bahkan di Bandar Zurr juga terdapat sekolah untuk anak-anak belajar menulis, mengira malah permainan pedang juga diajar di situ.

Zoltan mengangkat pedangnya ke atas, matanya memandang mata pedang dengan penuh minat. Kemudian diturunkan pula ke bawah. Dia melibas pedang itu sekali ke kanan dan sekali ke kiri. Dia seperti mengukur berat pedang itu walaupun sudah setahun menjadi miliknya. Pedang itu di hadiahkan oleh ayah angkatnya, Zodan. Dia sendiri terkejut semasa Zodan menyerahkan Kilesius kepadanya. Kilesius adalah nama pedang itu. Kilesius bermakna putih dalam bahasa lama kaum yang menghuni benua Kirk ini. Kononnya Kilesius mempunyai saudara bernama Kuron yang bermakna hitam. Mengikut lagenda Kilesius dan Kuron ditempa dengan 70 logam yang sama dan ditempa pula oleh penempa yang paling hebat ketika itu. Kilesius juga dikatakan berumur ratusan tahun, anehnya tiada sebarang karat padanya. Beza Kilesius dan Kuron Cuma campuran 70 logam itu diterbalikkan sewaktu menempa Kuron. Hasilnya Kuron menjadi hitam sebagaimana namanya, tidak seperti Kilesius yang berkilat. Hulu Kilesius dibuat dari gading berwarna putih. Di tengahnya terdapat ukiran berbentuk seekor helang dengan kakinya terbuka menyambar sesuatu seperti bentuk benua Kirk. Mata Kilesius tidak ada satu tanda seperti sumbing atau calar. Di tengah pula terdapat tulisan Kirk yang bermaksud “PUTIH” yang menjadikan pedang ini bernama.

Sewaktu hampir ajal, penempa berkenaan mewariskan pedang-pedang itu kepada 2 orang anaknya. Pesannya, tidak akan bertempur bagi pemilik kedua pedang ini sampai bila-bila pun. Sejak dari itu Kilesius dan Kuron diturunkan dari satu pemilik kepada pemilik yang lain. Zodan juga tidak tahu di manakah Kuron berada. Mengikut lagenda Kuron dan Kilesius pasti bertemu dan menyelamatkan benua Kirk satu masa nanti. Apa yang Zodan tahu Kilesius dan Kuron seiras Cuma warna sahaja yang membezakan kedua bilah pedang itu. Itulah yang dipesan Zodan kepada Zoltan. Setiap pemilik Kilesius atau Kuron perlu tahu asal-usul pedang berkenaan. Pada bahu mereka terpikul satu amanah menyelamatkan benua Kirk sebagaimana disebut dalam lagenda. Jika Kilesius bertemu Kuron satu masa nanti, pemilik keduanya hendaklah berusaha menyelamatkan Benua kecil Kirk dari apa jua malapetaka.

Zoltan kini 20 tahun. Dia masih ingat wajah ibunya yang menyuruhnya lari sewaktu askar-askar orok menarik tangan ibunya. Ayahnya sudah terbujur kaku. Ketika berlari di celah-celah pertempuran dia disambar Zodan. Dia Cuma sempat melihat wajah Zodan yang seperti singa mengendong tubuh kecilnya seketika. Kemudian dia pengsan dan setelah sedar dia berada di sebuah gua. Tubuhnya penuh dengan luka yang tidak terasa pula kepedihan. Mungkin kesakitan akibat kehilangan ayah dan ibunya itu menghilangkan rasa sakit yang lain. Sejak itu Zodan menjadi ayahnya, dan Ainur yang lebih muda 2 tahun menjadi temannya setiap hari. Ainur adalah anak gadis Zodan. Ainur walaupun masih kanak-kanak, pandai merawat mereka yang sakit. Dia turut menemani Ainur semasa merawat. Kadang-kadang pakcik Tikri mengusik mereka dengan mengatakan mereka nanti akan dikahwinkan. Merah muka Ainur menahan malu ketika diusik begitu. 2 3 hari juga dia tidak bercakap dengan Zoltan. Malu agaknya. Setelah sekian lama diusik dia dan Ainur jadi terbiasa dan biasanya mereka buat seperti tiada apa yang pelik dengan usikan itu. Cuma setelah Ainur berusia 16 tahun dan dia pula 18 tahun, hubungan mereka jadi sedikit jauh. Ainur seperti malu-malu dengannya. Kebetulan pula dia sendiri yang minta tinggal berasingan dengan Zodan. Dalam hatinya memang terasa janggal bila berdekatan dengan Ainur. Maklumlah Ainur gadis sunti yang memang cantik pada pandangan siapa saja. Dia pula salah seorang yang amat mengkagumi kecantikan itu. Kadang-kadang bila ke rumah Ainur untuk berjumpa Zodan, sempat juga dia melihat Ainur tersenyum padanya. Dan hatinya berbunga.

Galon mengerutkan dahi seperti memikirkan sesuatu. Siang tadi sewaktu makan, seorang dari panglimanya menyatakan sesuatu yang paling tidak suka dia mendengarnya. Berita itu menyebabkan dia tidak menghabiskan juadah yang biasanya jarang tidak dihabiskan. Di benua Kirk ini masih ada lagi kaum Urk yang hidup makmur di bekasan Bandar Zurr yang pernah dihancurkannya dulu. Pada hematnya, Urk sudah hancur bersama Bandar Zurr. Tiada lagi kaum yang menjadi duri dalam dagingnya itu. Padanya Urk adalah pepijat yang patut dilenyapkan dari muka bumi ini. Dalam benaknya mula membayangkan wajah bengis Zodan. Wajah itu kembali menghantuinya setelah sekian lama tidak muncul. Di bumi ini tiada seorang pun mampu menandinginya kecuali Zodan. Dia mula merasa tergugat dan rasa tidak senang mula menyelubungi hati Galon. Setelah berita itu sampai ke telinganya sudah dua orang pembantunya ditengking tanpa sebab. Memang dia terkenal dengan bengis, tetapi tidak pula dia sampai menengking pembantunya tanpa sebab. Cuma hari ini Galon seperti tidak keruan. Sudahnya Galon membiarkan matanya terbuka walaupun waktu sudah menjelang fajar.

Galon amat menyesal kerana tidak menghabiskan Urk dulu. Paling tidak dia sepatutnya menyiasat, apakah benar Kaum Urk sudah dihapuskan. Bahkan dia tidak mencari mayat Zodan yang memang dibencinya. Dia sendiri hairan bagaimana dia menjadi lalai seperti itu. Galon lupa tentang takdir. Baginya semua aturan hidup ditentukan oleh dirinya. Dia lupa pada Yang Maha Kuasa.

Tuesday, 1 January 2013

Banjir oh Banjir

24 Disember 2012. tarikh banjir tempat aku. kebetulan aku ni ahli RELA, kena lah bertugas kat tempat pusat pemindahan. yang best suasana kat sini bukan macam yang kita sangka-sangka. nak tahu apa maksud aku. kisahnya orang yang kena banjir ni biasanya orang yang sama, tiap-tiap tahun muka tu lah yang kena pindah. bila dah terbiasa macam ni, maka sedih pun dah tak ada. banjir ni kira bencana alam, makna kata lain ialah salah satu musibah lah jugak. bagaimana pun orang-orang yang kena banjir ni duduk dalam suasana meriah. masak sardin lepas tu makan. kejap-kejap ada orang JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat) datang. itulah rutin hari-hari. meriah tempat kita ni. orang yang kena musibah boleh gelak-gelak. betul ni bukan aku reka-reka. memang banyak juga menanggung rugi tapi nanti dapat duit JKM 500 hilang yang rugi tu. walau tak seberapa tapi itulah Kerajaan Malaysia.

dalam pada itu ada jugak yang rumah tak kena banjir pun mengaku kata kena banjir. ni pasal nak duit kebajikan lah tuhh. apa pun aku bersyukur kita punya kerajaan yang macam ni. Alhamdulillah

2013 dan PRU13

2013, bunyi biasa tapi banyak pengertian. ada yang fikir umur makin meningkat, ada yang nak buat azam, ada juga yang buat tak tau. yang fikirkan umur tu, hari-hari umur kita meningkat. tak payah nak tunggu 1 Januari. kira punya kira memang dah berusia pun kita, tak kira yang remaja, hatta yang tua bangka, semua pun fikir hal-hal umur. yang nak bertaubat mula menanam azam. tapi bertahan sampai bila agaknya azam tu. kadang-kadang tak sampai hujung Januari pun azam dah entah ke mana.

bagi yang buat tak tau lagi best. Yang diaorang fikir, hari mana tarikh mana pun tetap sama. yang penting soru dapat. jangan tak soru sudah. yang cari duit, cari jugak sampai tak tau dah nak taruk mana duit yang ada.

apa pun banyak tarikh penting dalam 2013 ni. yang paling ditunggu ialah PRU 13. bila dan siapa yang namanya tercetak atas kertas undi. tempat aku ni macam-macam orang dah dok berjalan. baik parti A atau Parti B semua yang jaja nama memang dari kalangan orang ternama. ikutkan dari segi material semua kira hebat dan tersohor. cuma bolehkah nanti berkhidmat untuk rakyat. itu kata orang lah. pada aku, bukan calon jadi sandaran tapi kerajaan yang terbentuk nanti yang jadi panduan. tak nak lah bila kita minat calon ni, tiba-tiba kerajaan pulak dari parti lain. hendak tak hendak calon kita nanti tak boleh nak buat apa. kadang bila calon payung terjun ni yang jadi hal. orang tempatan kuat-kuat bekerja siang malam, tup tup dia yang jadi calon. bukan apa. kadang-kadang orang atasan kena jugak fikir. krisis calon boleh menjadikan kita kalah jugak. walau macam mana terer pun calon payung terjun ni, mesti kelebihan tetap pada calon tempatan. ye lah. dia yang tebas, tebang, rintis, dah tu tanam alih-alih datang orang payung terjun terus kutip hasil. apa pun aku bukan jenis pilih calon pun. siapa pun janji dacing aku pangkah lah. ha ha.

bukan nak berkempen pulak tapi nak bercerita. Undilah parti yang beri kesejahteraan. yang memang anda tahu memang boleh bagi kesejahteraan. bukan baru nak cuba-cuba nak test sepenggal nak tengok. buka internet jangan tengok fitnah-fitnah yang dah jadi trend masa kini tapi tengok berita-berita yang memang berlaku, baik masa kini atau masa lepas. kaji fakta-fakta yang ada. kalau nak tahu macam mana atau apa yang mungkin berlaku jika ada pertukaran kerajaan, semak apa yang jadi pada thailand, Kemboja, jepun dan kalau boleh fikir sekali. keputusan anda mencorakkan negara ini. masa depan anak cucu anda bergantung pada anda. fikir-fikir kan lah. aku dah tau apa yang aku nak pilih, anda pula bagaimana. kerana 2013 pasti ada PRU13 (itupun jika belum kiamat).