Assalamualaikum, pakcik makcik,
adik, kakak, abang atau kalau ada lagi tolong lah tambah. Alkisah yang nak
dicakap ini ialah perihal golongan yang suka update status dalam media sosial
dalam tidak sedar. Maksud aku dalam tidak sedar ni ialah tidak tahu apa yang
ditulis mungkin menyebabkan dirinya akan ditimpa musibah atau dikecam oleh
masyarakat yang memang boleh baca status berkenaan. Dah namapun media jadi
tentunya bahan tulisan tadi akan tersebar meluas. Maaf kata lah! Tolonglah!
Anda salah cakap, maka anda terima akibat. Terlajak perahu pun nak undur payah
inikan pulak terlajak menulis. Hina agama, hina raja. Dah sah-sah tak boleh
jangan lah buat. Pun ada yang buat jugak. ishhhhhh.
Pernahlah satu kali aku singgah
kat salah seorang teman yang tinggal kat Selayang. Isteri teman aku ni warga
Thailand. Dekat dinding rumah dia ada kalendar dengan gamabar Raja Bumiphol,
Raja Thailand. Bila aku fikir balik, budaya Thailand kalau bab-bab menghormati
raja amatlah jauh berbanding dengan kita. Anak muda yang kebanyakkan pro
pembangkang, maaf kata, selalu cakap kita tak perlu raja. Ehhhh.. tahukah awak
yang dimaksudkan dengan “Raja”. Memang secara zahir macam membazir duit
kerajaan kan..
tetapi Raja ini lah payung kepada
kita semua, terutama orang melayu. Hak melayu mempertahankan kedudukan
raja-raja melayu. Hak melayu pertahankan bahasa melayu sebagai bahasa rasmi
negara. Dan diwasiatkan oleh raja-raja melayu semasa kemerdekaan dulu akan
kedudukan Bahasa Melayu, Ugama Islam begitu juga dengan hak-hak istimewa orang
melayu.
Aku terpanggil untuk menulis
pasal ni bila aku tengok seorang melayu yang memang dungu menghina lagi raja
Melayu dalam status FB dia. Memang bodoh. Anda telah melanggar salah satu rukun
negara dan sepatutnya anda boleh diusir dari bumi bertuah ini. Sama-sama kita
berdoa agar bumi bertuah tanah Malaysia ini akan sentiasa aman. Berikanlah
kekuatan untuk para pemimpin kita agar ada kudrat untuk menentang anasir jahat
bagi menghancurkan Tanah air kita. Amin.
mungkin nak baca dekat gambar di
atas agak kabur, jadi aku tambah lah kat bawah ni isi yang ditulis pada gambar
di atas.
1. Kami
namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung
PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama Malaysia);
2. Kami
isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan
simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan,
TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah
bersama-sama kaum lain;
3. Bagi
menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu,
kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam
negara dan ancaman dari luar negara;
4. Kami
kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah
negara ini;
5. Kami
isytiharkan ISLAM adalah Agama Persekutuan;
6. Kami
tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU;
7. Kami
amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi
KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. (Kemudian
ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).
ketahuilah kawan-kawan kita orang
melayu senang cari makan, senang duduk atas bumi bertuah ini, nak-tak nak
antara sebabnya perkara-perkara di ataslah yang menjadikan kita senang. Mereka
yang suruh kita buat itu ini memang dah kaya raya. mereka "tak berpayung
pun tak kena hujan". Yang basah kuyup, yang susah kita sahaja. Pasal? Kita
hanya golongan rakyat yang memang perlukan PAYUNG. Sekian wassalam.
No comments:
Post a Comment