Assalamualaikum w.b.t. 2013 dah lepas separuh jalan. Dah
masuk Julai pun. Banyak betul cerita tahun ni. Awal awal tahun pakat dok teka
bila nak pilihanraya.
Teka punya teka akhirnya terjawab. Bila pilihanraya pada
Mei, kisah dakwat kekal mengisi segala macam media yang ada. Dulu kau yang
mintak. Tak telus lah, nanti ada yang mengundi dua kali lah. Lepas tu bila dah
tahu keputusan, timbul pulak isu blackout. Maka ada yang bertempik sana sini
kononnya ada masa kira undi tu ada orang padam lampu. Jadi kiraan yang buat tu
menguntungkan satu pihak. Betul ke tak tak tahu lah. Cuma sampai sekarang tak
ada bukti pun kata benda tu terjadi.
Lepas je pilihanraya atau nama
lain pasca PRU13, isu-isu rasis mula timbul. Ada yang berani persoalkan kontrak sosial negara kita. Ada yang berani pula
ajak umat Islam berbuka dengan Bahkut tea. Ejaan betul ke tak aku bukan kesah
sangat, tapi yang jelas berani mereka ni menimbulkan isu sebegitu panas. Salah seorang
dari mereka, yang perempuan siap nak halau orang melayu pergi Sumatera. Nak jadikan
negara ni macam Singapura yang diperintah kaum Cina. Entah.
Aku bukan jenis
yang rasis pun tapi bila isu begini timbul jadi macam terpanggil nak bercakap
juga. Dalam bulan Ramadhan ni semua
orang tahu kita Umat Islam diwajibkan puasa. Yang budak-budak banyak juga
berpuasa, belajar puasa ni memang digalakkan. Jadi satu guru besar ni ambil
pendekatan yang agak menarik. Yang bukan Islam nak makan boleh tapi biarlah
terlindung. Jadi dicadangkan bilik persalinan. Kebetulan kat situ ada lah
tempat mandi disediakan, bukan untuk buang air pun, tapi tempat mandi. Lepas bersukan,
berpeluh, ada yang nak mandi, situlah tempatnya. Ada juga meja disediakan siap
dengan kerusi lagi. Alah, sebelum ni ramai jugak yang buka bekal makan dan minum kat
situ sambil salin pakaian, tak kecoh pun. Tup-tup Ada pula sorang perempuan
(bukan Islam) menulis kat media sosial kata guru besar tu suruh budak makan kat
tandas. Memang jadi isu jugak lah hal ni. Meletup satu Malaya. Ada banyak juga
laporan polis. Banyak juga yang merungut sampai Menteri turun tengok sekolah
tau.
Ni kisah lain tapi kat sekolah
jugak. Tak payah cakap tempat, nama dan jenis sekolah lah tapi rasanya yang
baca atau tengok media pasti tahu. Dalam satu perhimpunan (semalam kalau tak
salah) sekolah, biasanya adalah murid yang bercakap masa cikgu berucap. Semua pun
pernah sekolah. Biasa lah tu. Satu cikgu ni (melayu) dia dengan garangnya,
biasalah cikgu, kalau tak macam tu macam mana murid nak dengar, marah dengan
budak-budak yang bising tadi. Tak cukup dengan itu, kata-kata cikgu tadi cukup
rasis. Boleh dia kata yang India pergi balik India yang cina pergi negeri
China. Awak cikgu. Lagipun musim panas ni cikgu. Tak abis satu kes satu kes
lagi timbul. Saya pun melayu. Bila orang kata yang melayu balik Sumatera
(sah-sah memang tanah ni Tanah melayu, buat apa balik Sumatera) kita jadi marah,
ni awak buat sentimen sama. Dah jadi isu lagi. Tak nak mengajar kot.
Bulan puasa pun dah nak abis, nak
raya dah ni. Kat media sosial, banyak juga yang kongsi cerita raya, lagu raya,
video raya. Tapi satu video ni cukup melampau jadinya, ditunjuknya gambar
Anjing dok basuh kaki dengan iringan takbir raya, lepas tu diselang dengan
gambar orang dok ambil wuduk (basuh kaki juga) lepas tu.. macam-macam lah. Video
tu bersepah kat Facebook. Tengok sendiri
lah. Malas nak cerita. Apa ni. Ugama bukan bahan sendaan. Kalau nak beraya buat
lah video yang tunjuk makan kueh ramai-ramai campur bagai bangsa kan bagus. Bersalaman
tanda muhibah ke.
Kenapa sampai macam ni? Salah siapa?
Salah kerajaan, tak jugak. Salah rakyat lagi lah tak. Manusia ni bila dibukakan
jalan kalaupun jalan tu memang bukan jalan yang ke arah kebaikan, dia redah je.
Lagi bahaya lagi dia mahu. Ada pemimpin kita bila kecewa, rasa macam kena tipu,
rasa macam dia lah yang betul walhal Allah itu Maha mengetahui. Mula lah si
polan ni cari jalan apa cara sekali pun asal dapat naik pegang kuasa. Orang melayu
ramai dah ikut, tapi tak cukup nak jatuhkan kerajaan, jadi bila nak ajak kaum
lain, tuntutan kaum lain dijadikan gula nak tarik semut. Mula dia cakap melayu
tak perlu lagi hak istimewa. Kerajaan yang ada sekarang ni lebih kan melayu,
nanti kalau gua ada kuasa, lu orang akan dapat sama macam melayu dapat
sekarang. Dah satu jalan dia bagi. Bertempik setengah-setengah kaum lain nak
tuntut itu ini. Pening kepala PM sekejap. Lepas tu dah melarat pula sampai
hal-hal agama. Nama Allah yang selama ini ekslusif untuk Islam diaorang minta
nak pakai dalam Bible. Bukan saja dalam Bible, malah dalam majalah ugama kristian
(terbitan dsb) pun nak guna Allah sebagai tuhan. Nanti ada mamat melayu yang
iman tipis-tipis bawang konon nak belajar ugama, terbeli buku macam ni kat
kedai buku tepi jalan, contoh : “MARI MENGENAL ALLAH”, fikir sendiri lah kita
semua. Jadi apa yang kerajaan fatwakan hal-hal agama ni bukan dia syok-syok
buat. Saja nak bagi penganut ugama lain dianiaya. Bukan kawan, ketetapan itu
dibuat kerana nak melindungi Ugama Islam sebagai Ugama rasmi Negara.
Bersama lah kita semaikan semangat cintakan negara, bersama kita bangunkan Malaysia ini dalam semangat Muhibbah.
Cukup-cukup lah main melayu cina india lagi. Kita orang malaysia jadi sematkan kita sebagai Bangsa Malaysia. kat luar negeri kita cakap kita Malaysian, bukan Malay, Chinese atau pun Indian. betul kan?
Cukup lah dulu. Ada nak marah ke.
Email kat anjasshrin@gmail.com. Kalau
nak komen tekan je gambar pensil kat bawah ni. Salam Aidilfitri, maaf zahir dan
batin, ada pendapat sertakan. Aku suka tu. sekian wassalam.
No comments:
Post a Comment