Sunday, 18 November 2012

Muzik dalam hidup aku


Muzik? Aku bukan lah ahli muzik yang boleh nak tafsir not-not lagu malah nak definasikan muzik pun aku tak tau. Bagi aku apa yang yang berkaitan dengan bunyi yang menjadikan orang yang mendengar jadi asyik atau syok itulah muzik. Aku pun kalau main gitar sikit-sikit tu bolehlah untuk dengar sendiri tapi bukan aku nak cerita pasal muzik secara ilmiah pun.

Aku kenal muzik ni mungkin sejak mak aku nyanyi waktu nak tidurkan aku tapi aku tak ingatpun. Sejak menengah aku cukup terdedah dengan muzik. Tapi masa tu aku dengar muzik yang bukan-bukan janji kuat. Aku kenal macam-macam grup rock yang masa tu golongan orang tua memang tak boleh nak terima. Tak payah lah nak namakan satu-satu. Cuma yang aku nak cerita aku kenal Nirvana sebelum dia release Nevermind lagi. Begitulah pengaruh rock dalam jiwa aku. Sampai sekarang ni pun dalam phone penuh dengan lagu yang macam tu.

Yang peliknya bila Iwan dengan geng-geng dia mula buat disko dangdut lewat 90an aku layan jugak dangdut. Malah boleh nyanyi satu dua lagu. Beli kaset taklah sampai macam tu sekali. Cuma masa dia buat show kat RTM JB aku jalan kaki dari rumah dekat Larkin pergi tengok. Nak naik teksi, kopak masa tu. Kebetulan dok Johor waktu tu.

Rock tetap rock. Walau dangdut aku layan memang jiwa tak terima sangat. Kalau dengar Walkman memang lagu rock lah yang aku layan. Awl 2000an timbul plak grup yang ada rap-rap sikit dalam rock diaorang. Layan lagi aku dengan bentuk rock baru. Linkin park lah, papa roach (2 3 nama yang aku layan) lah. Dalam pada dok asyik dengan genre baru ni, boleh pulak aku terlayan lagu bob marley. Ehh reggae lah pulak.

Tu semua kira dah lama berlalu. Gitar pun dah tak reti nak pegang. Jangan kata nak lepak tepi-tepi  jalan nak pukul selagu dua. Nak pegang pun dah kekok. Tup-tup timbul pulak perempuan-perempuan cantik menari dengan cantiknya dari korea. Orang panggil k-pop. Entah yang aku pasti k tu korea. Mulalah aku layan muzik baru ni. Kadang diaorang ni selit jugak rock dalam muzik diaorang. Rap tu satu kemestian dalam lagu bentuk ini. Mula nak jadi cerita aku dengar satu lagu matsaleh yang bunyinya nobody but you. Tapi rupanya budak-budak korea yang menyanyi. Cari dalam youtube tengok. Pergh memang cantik budak-budak korea yang nyanyi lagu ni. Mulalah aku ikut kisah grup Wondergirls ni. Dari zaman Hyuna rap sampai zaman Yubin, gitu jugak bila Sun Mi keluar masuk pulak Hye Lim. Aku cari detail pasal grup ni. Sampai gitu sekali.

Bukan nak cerita wondergirls pun. Tapi aku nak cerita yang mana aku ni boleh terima apa genre pun muzik. Yang aku tau sedap layan muzik kerana muzik boleh menenagkan walaupun bising bila lagu rock tapi tetap masuk dalam jiwa. Bukan aku tak dengar Mozart ke Beethoven ke. Semua aku dengar Cuma aku taklah pandai nak main lagu klasik macam tu. Layan Ygwe bawak Mozart pun ok jugak. Cuma buat masa sekarang aku akan berhenti kat mana aku terdengar orang pasang lagu wondergirls. Hi hi. Wassalam.

Politik anak kita


Assalamualaikum. Lama tak menulis. Bukan tak mau tapi buntu. Ni semua sesak dada punya pasal. Aku sesak dadapun bukan pasal apapun tapi cuaca politik sekarang ni macam rebut kat New York itu hari jer. Havoc. Aku sedih tengok budak-budak yang belum tau sangat hal-hal kritikal macam politik ni bercakap politik macam dah pandai sangat. Bagus kata setengah orang, pasal biar diaorang belajar menjadi pemimpin. Biar cepat matang kerana Negara memerlukan kepimpinan pelapis. Ya memang bagus kalau di landasan yang tepat dan teratur.
Berbalik kepada asas. Politik ialah sesuatu yang melibatkan kepimpinan. Ada pemimpin ada pula yang dipimpin. Bila kepimpinan maka setiap pemimpin akan membentuk kumpulan yang dipimpin menjadi acuan yang dia mahu. Baik atau buruk memang kontra yang ada. Pemimpin yang baik akan mejadikan kumpulan yang dipimpin jadi baik, sejahtera dan kalau Negara pulak yang diterajui oleh pemimpin jenis ini, maka makmurlah Negara tersebut.
Sejak zaman berzaman politik menjadi  teras tamadun-tamdun yang wujud. Dari zaman mesophatamea, rome, Mesir kuno malah zaman Tamadun Islam sekalipun politik menjadi sebahagian dari kehidupan manusia. Hancurnya tamadun-tamadun ini pun kerana tersalah pilih jalan oleh pemain-pemain politik waktu itu.
Kalau zaman dulu. Politik adalah taboo dan golongan tertentu saja yang terlibat secara langsung. Kini setelah masa berubah, gaya hidup, keperluan turut berubah. Anak kecil pun bercakap politik. Tapi politik hari ini banyak juga berubah. Suka mengata mencerca bahkan penuh provokasi. Anak muda selamba mengata yang tua. Tiada lagi hormat. Begitu juga kalau berkumpul buat demo itu demo ini. Bukan budaya kita pun. Tapi ada yang suruh malah mereka-mereka ini gembira kalau huru-hara sekali-sekala.
Sesak lagi dada aku..

Friday, 31 August 2012


MERDEKA KAH KITA

Dan berpusu-pusulah anak Malaysia mendongak ke langit dek bunga api
Dan berduyun-duyun lah anak-anak muda mencari konsert free
Dan bersandarlah ibu-bapa depan tv

Tatkala ini 55 tahun lalu, di Bandar Melaka lain kisahnya
Tatkala ini 55 tahun lalu, anak bangsa menggenggam bangga
Tatkala ini 55 tahun lalu, anak-anak muda mencelah-celah di pusuan manusia untuk melihat Pak Ketua Menteri melaung MERDEKA

Aku bukan pejuang macam mereka, bukan juga yang bergadai harta benda untuk mereka
Aku juga tak pernah lihat  baik keringat baik darah yang mengalir dari mereka
Bukan sengaja tapi aku tak berpeluang
Aku lahir dibawah teduh payung negara
Aku lahir di bawah terang lampu
Aku dimandi juga dengan air paip dari dalam rumah

Namun aku rasa nadi merdeka ini, aku bangga dengan Negara ini
Aku bahagia dilahir di sudut kecil Negara ini

Tolonglahhh…
Jangan palitkan bahagia aku ini….

Wednesday, 22 August 2012

SAMIR NASRI DAN EID MUBARRAK


Hari raya akhirnya menjelang. Selesai satu hari dengan berjalan-jalan walaupun kebanyakkan bukan jalan kaki pun. Malam pulak bila dah rasa betul-betul habis jalan, aku pun santai tengok-tengok bola. Liga perdana inggeris dah mula pun, aku kira kaki bola jugak la walaupun tak main bola. Malam tu aku layan Manchester city lawan Southampton. Yang syoknya bila Nasri score gol, dia angkat jersi dia tunjuk tulisan Eid Mubarrak kat baju dalam dia.

Aku bukan peminat Manchester City pun. Dan aku tau Nasri memang superstar. Bila dia buat macam tu aku pun ikt syok dekat Nasri ni. Pasal dia pun sambut raya macam aku jugak. Hi2. Rupa-rupanya banyak lagi superstar bola ni muslim macam kita jugak. Tapi diaorang  ni macam tak terlibat pun pasal hal-hal keganasan yang dilabel pada Muslim. Aku percaya Nasri juga solat. Nasri juga puasa. Dan aku jugak tahu Robin Van Persie pun solat jugak macam kita-kita ni. Baik van Persie, Nasri atau lain-lain pemain bola muslim yang ada nama, mesti diaorang pun macam kita. Mahu ke amanan sejagat. Cuma segelintir sahaja yang melabel malah melagakan muslim dengan penganut lain. 

Wednesday, 15 August 2012


KISAH NAK JADI TOK WAKIL @ CALON

tok wakil adalah panggilan lain bagi wakil rakyat kat tempat aku. Bila sebut nak jadi tok wakil ni ramai lah jugak yang memang berniat nak jadi tok wakil ni. Pelbagai cara, ada yang canang nama sendiri jadi calon no 1 la, ada pulak yang mula masuk kampung keluar kampung. Nak-nak musim makan colek dalam bulan puasa ni, lagi-lagi bila dah dekat nak raya.

Aku ni orang yang kira dalam golongan diam tapi suka pulak perhatikan orang. Gelagat manusia ni kalau divideokan boleh jadi cerita lawak macam kat tv. Tapi bila dikenangkan kadang-kadang berhasil jugak strategi diorang ni. Nak tak nak kita yang rakyat ni telan je lah.

Nak jadi tok wakil sebutnya kira nak jadi calon lah. Bagi yang dok bekerja dengan parti ni lain lah pasal memang kerja-kerja mereka ni untuk parti (walaupun kekadang ada jugak misi tersembunyi). Tapi yang berjalan atas nama peribadi kata arahan menteri tu menteri ni yang buleh jadi barahnya. Bila dah berjalan maka banyaklah dok labor modal, baik RM baik jugak tenaga yang dah dilabur. Bayangkanlah sekiranya tup-tup nama tak naik jadi calon. Ha terduduk awak. Terduduk awak tu ok lagi lah pasal awak yang cari pasal, tapi pengikut awak yang jadi hal. Mulalah terdengar kata-kata yang tak sedap kita nak dengar, contoh: “ aku tak nak keluar mengundi pasal aku dah penat dengan parti. Calon yang aku suka tak naik”, lagi ada yang buat rombongan pergi pejabat perhubungan lah. Bawak memo nak serah kat Ketua Perhubungan. Calon dah tetap maka wujudlah sindrom tak puas hati yang boleh menyebabkan cantas mencantas. Inilah kesan dan akibat.

Dulu masa belajar aku pernah lah jumpa kaedah pemikiran yang diasas oleh Edward de Bono. Macam-macam dia rungkaikan cara-cara kita nak buat keputusan. PMI (plus minus interesting), AGO (Aims, goal dan objective) dan macam-macam lagi. Tapi mereka yang aku cakap ni tak guna ke cara-cara yang pak Edward ni ajar, atau tak pernah jumpa pun cara pak Edward ni. Entah lah, Cuma yang aku musykil aku yang tak berapa tinggi belajar macam mereka-mereka yang nak jadi calon ni pernah jumpa tak diaorang tak kot…

Sapa-sapa yang baca, tolonglah. Biar kita serah kat pucuk pimpinan parti buat kerja calon mencalon ni. Kita tunggu. Yang biasa buat kebajikan, teruskanlah, tapi jangan nak berniat nak jadi calon. Kalau program parti biar orang sepatutnya jer buat. Kalau iktu saluran kan lebih baik.

Ini suara aku yang memang bukan dari golongan cari nama, bukan juga berniat nak nama, bukan jugak yang nak dinamakan. Aku ni Cuma rasa, cara yang terbaik untuk parti adalah mengikut saluran. Maaf lah kepada yang terasa. Ini bukan kias, bukan juga nak menyindir. Cuma mengandungi harapan pasal nak bagi peluang kepada yang tercalon nanti buleh menang dengan selesa. insyaAllah.

Monday, 6 August 2012



NUZUL QUR’AN @ 17 RAMADHAN

Esok cuti lagi. Kata orang bila hari cuti maka kesempatan untuk berehat. Peluang untuk berehat ni memang berita yang amat baik bagi kita semua. Lagi-lagi pada bulan puasa. Tapi yang tak baiknya masih ada yang bertanya, cuti apa pula ni? Ada festival ke? Atau harijadi orang kenamaan ke? Tidak lah. Cuti sempena sambutan hari yang digelar Nuzul Qur’an. Apakah Nuzul Qur’an ni.

Dari segi bahasa Nuzul bererti pindah atau dialihkan. Al-Qur’an pula bererti bacaan atau himpunan. Kenapa perlu “dialihkan” kan al-Qur’an ini? Sebenarnya maksud lain bagi Nuzul ialah diturunkan pertama kali kalimah Allah dalam Kitab Agung Al-Qur’an itu kepada baginda Rasulullah (S.A.W.) jatuhnya pada 17 Ramadhan sekitar dalam tahun 610 Masihi tatkala baginda berusi 40 tahun ketika itu. Bermula dari tarikh berkenaan rasmilah baginda menjadi Pesuruh Allah dan menerima berterusan sehingga menjadi sebuah kitab agung yang lengkap tiada cela. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jnayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Maka diangkat Allah al-Qur’an itu menjadi Mukjizat Nabi Muhammad SAW yang paling agung.  Jadi setiap kali 17 Ramadhan tiba maka diperingatkan seluruh Umat Islam akan perkara ini.la. Tiada sambutan mercun atau bunga api tapi diperbanyakkan ingatan kepada kitab dan rasul Allah yakni baginda Nabi Muhammad (S.A.W.) yang menerima kali pertama ayat berbunyi Iqrak di sebuah gua  di  Gunung Cahaya yang bernama gua Hira'.

Jadi kepada yang tidak tahu ambil ini sebagai asas. Kerana membaca itu jugak seruan pertama Allah kepada Rasullullah SAW. Membaca jambatan ilmu. Bagi yang bertadarus lengkapkan tadarus anda. Selain Al-Qur’an perbanyakkan lagi bacaan anda. Bukan dinyatakan pun bahan bacaan yang boleh dan tak boleh dibaca tetapi anda insan yang ada akal. Yang boleh menilai yang mana baik dan yang mana buruk.

Dan ini lah ayat-ayat Allah yang diturunkan pada hari itu;



”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. Ingatlah! Sesungguhnya jenis manusia tetap melampaui batas (yang sepatutnya atau yang sewajibnya), Dengan sebab ia melihat dirinya sudah cukup apa yang dihajatinya. (Ingatlah) sesungguhnya kepada Tuhanmu lah tempat kembali (untuk menerima balasan). Adakah engkau nampak (baiknya) orang yang melarang (dan menghalang)- Seorang hamba Allah apabila ia mengerjakan sembahyang? Adakah engkau nampak (buruknya) jika ia berada di atas jalan yang betul? -Atau ia menyuruh orang bertaqwa (jangan melakukan syirik)? Adakah engkau nampak (terlepasnya dari azab) jika ia mendustakan (apa yang disampaikan oleh Nabi Muhammad kepadanya) serta ia berpaling ingkar? Tidakkah ia mengetahui bahawa sesungguhnya Allah melihat (segala amal perbuatannya dan membalasnya)? Jangan sekali-kali berlaku derhaka! Demi sesungguhnya jika ia tidak berhenti (dari perbuatannya yang buruk itu), nescaya Kami akan menyentap ubun-ubunnya (dan menyeretnya ke dalam neraka), - Ubun-ubun (orang) yang berdusta, yang bersalah.Kemudian biarlah ia memanggil kumpulannya (untuk menyelamatkannya), Kami pula akan memanggil malaikat Zabaniyah (untuk menyeksanya)! Ingatlah! Janganlah engkau (wahai Muhammad) menurut kehendaknya, dan (sebaliknya) sujudlah dan dampingkanlah dirimu kepada Allah (dengan taat dan beramal soleh)!” -

Friday, 13 July 2012


Alahai…

Hari ni betul-betul gila lah dalam hidup. Masuk ni dah 36 jam tanpa henti aku tak tidur. Nak kata aku ada terambil pil yang beukan-bukan memang aku tak pernah usik pun benda alah tu. Nak kata berfikir pun tidak juga. Cuma ada juga menghadap game kat laptop untuk melayan kepala kata orang.

Sebenarnya memang banyak juga perkara yang berlegar kat otak aku yang tak berapa besar ni, tapi aku memang pandai bab-bab buat tak reti ni. Jadi aku pun gunalah keahlian aku ni. Tak lah semak sangat otak. Ingat lepas ni nak layan mata lah. Biasalah kalau dok sorang ni, hanyut tak pasal-pasal dan Ini lah bahananya dok sorang.

Aku nak menulis tapi tak ada idea, nak melukis lama dah tak buat kerja-kerja menyonteng ni. Nak jalan tak ada idea tempat mana nak pergi. Akhirnya menghadap game yang sememangnya jarang-jarang aku menang. Tak ada talent lah bro. orang main poker aku main poker, orang main PS aku main PS tapi aku tak menang masalahnya.

Sendiri ni memang mengundang sepi, tetapi dalam sepi kadang-kadang terselit rona-rona bahagia, Cuma tak lah hebatpun cukup untuk buat aku tersenyum. Dan mulalah cakap ayat SEPI ITU INDAH. He mana indahnya pun. Aku sendiri pun kalau berjalan nak kawan.inikan pula pasal hidup. Entahlah…?

Monday, 9 July 2012

Kenapa Melayu Sendiri Menghina Rajanya ???


Assalamualaikum. Kejam, sadis, berani dan pelbagai reaksi pasal dunia sekarang. Yang kejam, memang kejamlah, begitu juga yang berani. Apapun yang kita boleh tafsirkan ialah, semua yang tersebut di atas mestilah bersebab.

Ada kisah blogger kena tangkap pasal hina Institusi Diraja. Yang semua orang dah maklum pasal dah keluar tv pun. Ada yang kata kenapa nak besar-besarkan isu?. Ada pula yang kata kenapa perlu tangkap?. Ada pula kata beraninya mamat ni. Apapun kita fikir kan sama-sama kenapa dan apa yang sepatutnya dibuat.

Institusi Diraja sememangnya bukan diciptakan semata-mata untuk ditaati atau dipatuhi melulu. Tetapi dicipta melalui perlembagaan yang melalui tempoh masa dan pelbagai kejadian serta diperelokkan sesuai dengan peredaran masa. Dari Zaman Kesultanan Melaka lagi Raja atau Sultan lah yang menjadi payung rakyat, yang memakmurkan negeri dengan kebijaksanaan dan kewibawaan.

Sekarang bilamasa, rakyat keluar mengundi untuk memilih pemimpin, ada yang mula mempersoalkan perlukah lagi Institusi ini? Jawapan yang jelas, PERLU. Kenapa? Tanpa Institusi Diraja apa lagi yang boleh menjadi simbol bangsa kita orang melayu. Kenapa? Tak ada raja tak ada melayu ke?.  Jawapan jelas lagi ada lah. Tetapi sekadar ada. Bila hujan tak berpayung bermakna basah. Macam juga yang lain di sini, tak ada raja Cina tapi tetap ada Cina, tak ada Raja India tetapi tetap ada India. (walaupun memang ramai juga yang bernama Raja). Dahulu sebelum kita merdeka, mereka ini meninggalkan wasiat yang sampai sekarag digunapakai, “WASIAT RAJA-RAJA MELAYU”. Tak perlu hurai tetapi ada dalam internet perkara ini.

Saya pernah membuka blog berkenaan dan sempat juga membaca apa kandungan yang ditulis oleh blogger tersebut. Asasnya memang mudah, bagi blogger itu, Raja atau Sultan tetap sama macam rakyat lain. Bagi blogger tersebut juga, mengapa perlu dilindungi atau dihormati atau bahasa lain disanjung sedemikian rupa. Dan yang paling saya sedih, beliau juga MELAYU macam saya. Sedar, tak sedar kalau bangsa lain menulis blog berkenaan, pasti huru-hara Negara kita dengan tunjuk perasaan. Kepada rakyat Johor, Sultan anda bukan lah Sultan yang tidak baik. Baginda berjiwa rakyat. Saya pernah di Johor suatu ketika dulu. Almarhum Sultan Iskandar pada saya juga berjiwa rakyat. Walaupun kadang-kadang terdapat juga cerita yang tidak baik tentang Sultan, biasalah mereka juga manusia biasa, tetapi nilai bangsa lebih penting dalam perkara ini. KERANA DENGAN ADANYA INSTITUSI DIRAJA INILAH MAKA KITA MASIH BOLEH MENGAKU TANAH AIR INI MILIK BANGSA KITA KERANA DENGAN ADANYA INSTITUSI DIRAJALAH DIYAKINI BAHAWA BANGSA MELAYU INI BANGSA YANG ASAL DI SINI DI MALAYSIA KERANA MALAYSIA BUKAN LAGI BERNAMA TANAH MELAYU.

Kepada peminat blogger berkenaan, saya mintak maaf, bukan menidakkan bukan juga nak mengata. Pada saya kalau ada lagi yang seumpamanya, baik di Facebook, twitter, atau blog, JANGAN KAMU MENGAKU LAGI KAMU SEBAGAI ORANG MELAYU. KERANA MELAYU ITU ADA RAJANYA. Bagi kamu yang tidak beraja, jadilah bangsa yang selain melayu. KALAU KAMU RASA KAMU MEMPUNYAI RAJA, HORMATILAH BAGINDA, BUKAN DISEMBAH TETAPI LETAKKAN LAH BAGINDA SEADANYA DITEMPAT BAGINDA. Wallahu a’lam.

Sunday, 8 July 2012

Sya'ban kemudian Ramadhan, dah le tu....


Lama tak menulis. Tak ada apa nak ditulis. Hari ni aku jalan banyak jugak la tempat-tempat. Mula dari Krai lepas tu singgah Tanah Merah kemudian langsung lajak ke Pasir Mas. Tak banyak cerita pun pasal jalan ni. Yang aku tengok hari ni ialah kereta banyak menuju ke KB. Maklumlah katanya kalau Kelantan menang malam ni lawan Perak, dapat lagi satu piala.
Dalam perjalanan balik tu singgah dekat eco-park Krai. Adalah restoran kat situ. Layan bola dulu. Sambil-sambil tu borak lah pasal koperasi dan celah-celah tu sempat terselit cerita politik. Kelantan menang malam ni. 6 0 skor. Kawan tengok tv pun bukan calang. Sorang bos koperasi, 2 orang ketua peti undi, sorang AJK UMNO Bahagian dan sorang pulak mantan ADUN. Wah, hebat gak member-member kita ni. Aku jer kalau dikira macam Kuli pernah cakap dulu “GURKHA”. Gurkha pun gurkha la.
Berada di kalangan mereka yang sebegitu ada nama dan pengalaman macam menyebabkan kita banyak diam dari bercakap. Biasa berlaku ni. Kalau kita mencelah pun bila kita rasa apa yang kita nak cakap tu perlu jer. Cerita pilihan raya bila pun ada gak keluar. Ada yang kata bulan 9 ada yang kata awal tahun. Yang aku tahu jelas sekali sebelum Mac 2013 pasti ada pilihan raya. Sebab memang dah cukup penggal.
Bulan Sya’ban dah lanjut juga usianya. Ramadhan bakal tiba. Yang mana dok asyik kata dekat orang tu orang ni baik dengan niat politik ke tak kena lah berhenti dan mintak maaf lah. Kalau tak boleh mintak maaf berhenti dari mengata pun dah cukup bagus. Kalau kita ustaz ke sapa ker. Mesti kita tau tuhan tak pernah ketegorikan mengata orang dengan alasan politik tak apa. tak boleh bermakna tak bolehlah. Yang dok reka gambar dekat facebook ke laman social lain ke. Blog ke. Kalau boleh padam-padamkanlah. Pengisian lebih rohani kan ke lebih baik.
Yang dapat statistik kata itu ini. Dapat chart kata kerajaan bazir itu ini pun berhenti lah sebarkan benda alah tu semua. Benda tu memang direka untuk tujuan politik pun. Kalau ada yang sebenar pun kita buleh rujuk kat buku Bajet yang tiap-tiap tahun dikeluarkan. Tak ada duit nak beli pinjam kat perpustakaan. Banyak bersepah. Sesiapa yang mereka statistik yang banyak propaganda tu, henti-hentikan lah dulu. Tak baik. Dah kira kategori fitnah tu. Kalau dah fitnah tu baik kita elakkan. Aku pun bila tengok benda-benda macam ni memang aku tak akan share dalam fb aku. Baik aku main poker yang memang buang masa tu. Lebih baik dari aku mengata orang, aku menfitnah orang. Kerajaan pun kira orang jugak tau.
Yang kisah dalam jamban ke, bagai-bagai lagi tu pun henti-hentikan lah. Tak pasal-pasal kita fitnah orang. Motif politik semua tu. Kalau kita ni jenis komuniti yang dipenuhi dengan perkara-perkara yang tak elok maka komuniti kita jugak yang jadi huru-hara. Kalau dah politik diletak lebih dari segalanya dalam hidup maka susahlah hidup kita ni. Rasulullah (SAW) dah pesan, apa-apa pun, letakkan agama itu sebagai yang nombor satu. Kalau aku cakap, mesti ada yang jawab itu-ini. Dah memang terang-terang benda ni berlaku. Kadang tu Jumaat pun susah nak jumpa kat masjid, tapi bila bercakap hal parti, ini haram itu haram, ini boleh ini hukumnya begitu. Susah. Ini semua asuhan dari orang tua kita jugak. Maaf cakap, tapi benar, yang berlalu biarlah berlalu. Kita ni generasi baru bentuklah generasi akan datang supaya janganlah berpolitik sangat. Berpolitik ni biarlah untuk yang ahli. Kita yang tak berapa ahli ni Nak sibuk pun biarlah bermusim. Jangan macam slogan bola tu.. makan politik, tidur politik, dan kadang-kadang nak sembahyang pun berpolitik. Wallahua’lam


Thursday, 21 June 2012

RUKUN NEGARA (KENAPA DAN APA??)



Kenapa aku minat bercakap tentang perkara ini. Sebab aku rasa tak ramai dah rakyat Malaysia yang ambil berat hal-hal macam ni. Kalau dulu aku rajin jugak dok belek belakang buku tulis sekolah aku dulu. Kat situ ada ditulis RUKUN NEGARA. Aku hafal lah sebab ada cikgu aku dulu suruh @ paksa kami ingat. Sekarang ni aku tak pasti ada lagi tak cikgu yang macam tu lagi, Cuma yang aku pasti ada cikgu yang dia sendiri tak ingat RUKUN NEGARA. Rukun bermakna wajib. Kalau bercakap tentang rukun agama nanti orang cakap aku ustaz pulak. Cakap tentang rukun Negara ni kurang sikit lah BERATnya. Kalau tersilap boleh betulkan.

13 Mei 1969, tarikh yang semua orang di Malaysia tau. Ada sejarah hitam dalam tanah air kita. Sentimen anti kaum selain kaum sendiri digarap individu tak bertanggungjawab mula memainkan peranan. Perasaan benci menjadi lebih dari perasaan lain. Rasa kenegaraan pudar diganti rasa kekauman yang akhirnya mencetus huru-hara dan rusuhan kaum di Negara ini. Setelah agak tenteram dari peristiwa 13 Mei in Majlis Tindakan Negara merangka satu Ideologi Kebangsaan yang dinamakan RUKUN NEGARA. Akhirnya selepas kajian menyeluruh dalam semua aspek pada 31 Ogos 1970, RUKUN NEGARA dilancarkan dengan asas kepada 5 perkara, KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN, KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA, KELUHURAN PERLEMBAGAAN, KEDAULATAN UNDANG-UNDANG, DAN KESOPANAN DAN KESUSILAAN.

Aku bukan nak cerita sejarah tapi nak cerita kenapa. Kenapa diwujudkan satu ideology sebegini? Sebabnya nak mengelak perkara seperti 13 Mei 1969 berulang. Siapa yang lahir selepas tarikh itu mungkin tak tau lah apa yang terjadi. Setakat membaca kemudian mendengar cerita, mungkin tidak sehebat melihat sendiri apa yang berlaku. Aku sendiri dari generasi selepas 1969. Mari kita lihat bagaimana semua 5 perkara tadi semakin jauh dari rakyat Malaysia.
                                                                                                                                                                    
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN, memang semua orang akan mengaku dia percaya kepada tuhan. Tetapi haru diingat, apa yang tuhan suruh banyak yang tinggal, apa yang tuhan larang itu yang dibuat. Bukan saja ibadah tapi cara hidup. Ada yang mengaku cara hidupnya Addin, tetapi bila di ajak bersatu sesama ummah, itu dia tak mau bahkan larang, itukan tuntutan agama. Itu contoh yang jelas. Bila dipertikai dia jadi jawab itu dan ini penuh alasan.

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA, dulu kalau raja bertitah saja, maka rakyat ikut. A titah raja, A lah rakyat buat. Sekarang Raja yang memang di iktiraf sebagai payung bangsa kita melayu diperlekeh oleh sesetengah dari kita. Lupakah anda pada sejarah atau memang buta dalam perkara ini. Sultan Perak pernah diperlekeh, Sultan Johor akhir-akhir ini. Ini semua bukan perkara mainan, bukan perkara yang berkait dengan RUKUN NEGARA jangan dilibatkan. Lepas tu canang dekat luar Negara, kita tak punya kebebasan bersuara dan apa-apa lagi. Dah jual Negara pulak. Masalah Negara kita bukan orang lain yang kena fikir hatta tak boleh tau pun. Nak tau bayar perisik lah datang sini tengok sendiri.

KELUHURAN PERLEMBAGAAN dan KEDAULATAN UNDANG-UNDANG, ini kalau kita orang-orang Law atau bahasa lain peguam atau lawyer, sedap lah bercakap, sebab itu rajin rajin dengan YB Zulkifli Noordin bercakap. Banyak dalam you tube. Lagi Pun pemesongan banyak berlaku. Polis pun kena injak macam mana nak junjung kedaulatan undang-undang. Wahai mereka yang terpesong. Kembalilah kita untuk Negara yang sejahtera.

KESOPANAN DAN KESUSILAAN.. Kisahnya pun berjela-jela kalau nak cerita bab tak bersopannya orang kita. Banyak dah generasi baru yang biadap dan bila dah rasa pandai pasal dah mula mengutip ilmu di mana mana institusi mula berlagak tau itu dan ini. Mula tak dengar cakap orang yang lebih tua. Ingat kadang orang tua yang ada depan anda tak ada ijazah pun tapi dia sebenarnya lebih baik dari anda malah kadang lebih tinggi ilmu dari anda. Dalam diri kita sebenarnya ada sifat baik dan buruk. Kalau sifat buruk lebih dominan maka tak payah cerita yang lain-lain. Aku lihat ada kumpulan anak muda yang konon berilmu bertempik sini sana ada pula yang sampai hina orang dewasa malah Sultan pun turut jadi sasaran golongan ini. Sedarlah.. Negara ini pasti diserahkan pada anda nanti, mereka yang ada sekarang bukan menongkat langit. 70 80 nanti biasa outlah. Jarang nak sampai 100 tahun.

Ini bukan syok-syok nak tulis tapi aku sayangkan Negara aku ni. Aku cintakan tanah air yang sama kita pijak. Langit yang sama kita junjung pun kena jugak jaga. Sultan yang jadi payung bangsa kita pun kena kita pertahankan. Kalau institusi ini terhapus, bangsa kita pun terkikis, kita jadi melata atas bumi sendiri. Kita jadi imigran di tanah asal kita. Kita nanti kena pijak dan lambung dek mereka yang lebih berkuasa kerana sifat sesetengah orang kita yang tamakkan kuasa sekarang.

Tuesday, 19 June 2012

YB Zulkifli Nordin ditumbuk. (alahai santunnya bangsaku)



14 jun 2012, Taman Petaling Perdana lebih kurang pukul 12 malam, tatkala Yb Zulkifli Noordin berucap, provokasi berlaku. bila dipanggil berdepan Yb Zul pulak yang hampir ditumbuk.Orang yang menyerang tadi berpakaian macam baru balik masjid. kebetulan tempat ceramah pun tepi masjid. begitulah senario yang berlaku. Di manakah awak punya santun dan sopan? Mana tandanya awak ni Melayu. Kalau Melayu tak lah sebegitu. Yang YB Zul Cakap tu "mungkin betul" tapi dah awak tak percaya awak main laung "bohong" jer. kalau jenis yang ada akal dia balik termenung cari kebenaran. dah termenung tak keluar jawapan tanyalah sini sana, bukak internet, jangan pulak bukak internet terus percaya. Rujuk orang tu orang ni biar tau apa yang YB Zul cakap tu betul ke tak. dah tau jawapan, katakanlah didapati bahawa YB Zul bercakap 
benar, maka adalah yang telah menipu awak sebelum ni. jadi yang sepatutnya di laung perkataan bohong tu bukan YB Zul tapi yang menipu awak tadi. 

Bercakap pasal pakaian, awak pakai kopiah segala, dan agaknya dari masjid tu, mungkinlah. Awak pulak pukul orang. wow. hebatkan orang pakai kopiah siap nak tumbuk orang. Imej awak tu cantik, tapi keperibadian tak berapa cantik. bukan tak boleh nak tunjuk hebat tapi bukan dengan menjerit dan menumbuk orang. kalau dulu canang nak BERSIH, tapi perbuatan begitu bukan BERSIH namanya. kalau nak tau perbuatan anda semua tu dalam kelas "main kotor" yang memang tak BERSIH pun.

Dulu aku ni pun pernah jugak ikut reformasi. masa tu aku kesian kat bos korang yang kena tuduh macam-macam. aku jugak penah kena gas pemedih mata kat Masjid Jamek. aku jugak dok ramai-ramai dekat situ. cuma aku tak bawak lastik atau batu nak hentam polis. aku pengikut yang ingin kebenaran waktu tu. itu dulu masa aku baru nak besar walaupun memang dah buleh mengundi pun. bila masa berlalu, sedikit demi sedikit aku dapat jawapan. hal liwat tak liwat aku tak nak komen. hal peribadi aku tak nak komen. itu hak ALLAH
yang boleh menghukum. tapi aku baca jurnal, aku baca internet yang dibuat oleh sumber yang tak bias. aku lihat bebagai cerita yang tak sedap dibaca. yang paling aku sedih bab-bab jual negara. Nurul Izzah buleh cakap hal pertahanan negara kepada wartawan KOMPAS, (media indonesia) begitu juga ayahnya terang-terang mengaku kesamaan Israel dengan Palestin. maksudnya Israel jugak ditindas.

Israel, ni zaman mana pun kalau alQuran pun kutuk bangsa ni mana boleh kita yang Islam ni boleh pulak sokong. hal lain tak jelas tapi hal duit memang jelas. Sokong Israel dan anda dapat imbuhan sokongan. material dan moral. kami akan sokong anda di negara anda, kami akan bantu anda dari segi kewangan.kami akan permudahkan perjalanan politik anda. Apa maknanya ini semua. kalau bahasa mudah orang panggil JUAL. 

Aku tak dapat sesen pun tulis ni. aku jugak tak disuruh oleh sesiapapun. aku tulis bila hati aku bengkak bernanah pasal bangsa aku yang mula dijadikan alat. alat apa pun tak kisahlah tapi alat yang boleh menghancurkan bangsa aku sendiri.Kepada pejuang  yang boleh berjuang dengan kudrat teruskan perjuangan anda. kepada yang tak boleh, sokonglah mereka yang berjuang. sedarlah bangsaku. Kita dihujung tanduk. kalau lagu warisan yang dulu pernah kita nyanyikan bersama kita dah lupa. ingat lah balik ayat ini, "NENEK MOYANG KAYA RAYA, TERGADAI SELURUH HARTA BENDA, AKIBAT SENGKETA, SESAMALAH KITA, BUMI MILIK DIANCAM ORANG"

Maaf kata pembaca sekian. aku bukan orang hebat untuk dijadikan contoh, juga bukan orang
pandai untuk dirujuk, tapi aku hanya orang lemah ditengah kemelut bangsa aku sendiri. sekian wassalam.

Sunday, 17 June 2012

Alahai dunia sekarang


Assalamualaikum. Salam sejahtera. Kisahnya pun bukan kisah sukan-sukan macam euro skarang yang dok meletup tapi kisah orang-orang sekeliling yang memang makin banyak. Aku pun kira dalam golongan ni jugak. Hari-hari dok tengok dunia yang aku rasa dah porak peranda. aku bukan cakap pasal aku nak protes ker atau nak berkempen apa-apa tapi macam rasa nak cakap jer. Kalau kita tengok berita cerita mati-mati tembak-tembak dah jadi berita biasa. Seram jugak kalau fikir dalam-dalam tapi bila tengok orang yang tengok berita macam tu buat macam tak ada apa pun maka kita pun terikut lah buat macam tak ada apa jugak. Kira terpengaruh lah tapi dalam hati alamak… ngeri beb.

Tu kisah perang pakai senjata pistol-pistol atau yang jenis keluar api. Ni pulak aku nak cakap pasal perang pakai mulut. Ada macam-macam pesen perang ni, ada yang jawab ikut media lah, si A buat press conference si B pun buat. Yang baca paper, tengok tv pakat pulak komen, meleret-leret sampai kedai kopi. Ada pulak yang nak bersemuka, yang ni diaorang pakat panggil debat. Bila berdebat ni ada yang ilmiah jugak tapi yang tak syoknya jenis nak tegakkan benang basah. Dah sah-sah awak punya statement tak betul tak payah lah nak tegangkan leher. Lepas tu kawan-kawan pun komen pulak. Tu pendapat peribadi lah. Bukan pendapat kesatuan lah, bukan pendapat parti lah. Entahlah En. Mahmud? (bukan nama sebenar)

Pada aku lebih elok bincang tertutup, buat kesimpulan baru kita masuk paper ke tv ke. Baru lah tak celaru. Tapi tak jadi hero lah pulak. Ni kes nak tunjuk berani, bukan berani mati (pada aku la) tapi berani malu. Sebab kalau gaduh pesen ni bukan mati pun kalau kalah tapi malu. Ye tak? Kisah kisah gaduh pesen ni pun boleh buat dunia jadi huru hara tau. Kadang bila kalah tapi tetap nak menang mula lah pasang agenda macam-macam, kalau dalam strategi orang panggil Plan B. plan B ni kadang ada risiko besar yang bukan saja kita yang terlibat menanggung tapi orang banyak yang menanggung. aku rasa awak semua pun tau kan macam-macam dah Plan B yang menyusahkan kita rakyat. tapi kita masih juga terpaksa mengadap benda-benda ni. pasalnya, yang di atas tu suka nak jadi berani malu ni. ni silap-silap pasal bahasa aku ni kena pulak dengan Dewan Bahasa. entahlah. bukan tak boleh nak tulis pakai bahasa Malaysia yang betul tapi rasa tak selesalah pulak. biar aku dengan cara macam ni lah Boss. mintak maaf banyak kalau tersinggung. apapun aku bangga aku lahir, sekolah, kerja kat bumi Malaysia ni. sebab ada kawan aku orang bukan Malaysia cakap kat aku "awak bertuah duduk dalam negeri yang bertuah". mintak-mintak lah tanah bertuuah ini terus bertuah. yang nak jual tanah ni jangan lah jual. ramai sayang kat tanah air kita ni. awak dapat duit dapat nama kami dapat apa? tak dapat apa tak apa lah tapi kami dapat bahana wak. bahana jadi hamba kat bumi sendiri.

Nak bagi nasihat rasa macam tak layak lah pulak tapi kalau nak kongsi rasa, pendapat tak ada salah pun kan? Jadi kalau ada yang baca blog ni. Komen-komen lah. Aku pun minat jugak baca-baca komen ni. Nak-nak yang syok. Alahai. Sekian dulu

CERITA KEDAI KOPI

Assalamualaikum, salam sejahtera . Kisahnya… aku mungkin seorang yang aku sendiri rasa besar, bijak, hebat tapi semua tu tak betul pun. Bukan tidak besar, bijak, hebat dan belbagai lagi yang bagus-bagus tapi kebesaran, kebijakan dan kehebatan yang kita rasa ada pada kita itu ada pada semua orang. Malah mungkin lebih baik dari kita sendiri. Tengok lah keliling abang-abang kakak-kakak, kalau rumah awak besar, besar lagi rumah siPolan si Polan sekian, kalau  anak awak pandai lagi anak-anak diaorang. Entah… bila difikirkan baik-baik, kerdilnya kita semua.
Kalau mukaddimah aku tadi macam meleret-leret maaf lah. Tak pandai nak bermadah-madah tak pulak pandai berpujangga, Cuma rasa nak meluah. Hari ni aku duduk lah dalam satu kedai kopi. Kat mana? Kat tempat aku lah, Kuala Krai dalam negeri Kelantan. Area mana? Area-area pinggir Bandar ni. Di Kelantan ni macam negeri-negeri lain jugak. Banyak kedai kopi tempat orang rileks, tempat orang meeting tak rasmi, kadang-kadang topik pun tak terjangkau akal awak. Itulah istimewanya kedai kopi.
Cerita paling best cerita politik. Hangatnya politik ni awak nak tau. Kalau dekat tempat lain mungkin tak sepertinya kalau dibanding kan dengan tempat aku. Bukan nak cerita hijau biru ni awak tapi nak cerita apa yang jarang orang cerita. Kebetulan semalam adalah satu majlis yang dianjur wakil rakyat kat sini. Tak payah Tanya orang mana parti mana wakil rakyat kita. Yang jelas ada lah huruf YB kat pangkal nama dia. Majlis nya nak bagi duit ibu tunggal. Shhhhh. Bukan jugak aku nak cerita pasal majlis tu, tapi aku ni nak cerita disebalik orang yang terlibat secara langsung dengan majlis ni. Bukan penganjur tapi peserta. Kakak ni kira berumur jugak kalau bahasa lama di sebut setengah abad, 50 an lah. Dia ni ada lah bersembang dengan aku kat kedai kopi ni. Kebetulan dia dok tunggu . Rumah kakak ni memang kena lalu kot kedai kopi yang aku duduk ni. Kenal jugak aku dengan kakak ni. Yang jelas pada aku kakak ni tak pernah pakai label hijau ke label biru. Cuma bila ada majlis bagi-bagi duit ni tak pernah miss. Dapat jer duit. Alhamdulillah murah rezeki akak.
Dah terlanjur bersembang aku pun Tanya lah rahsia murah rezeki kakak ni. Dia cakap apa awak tau. “orang nak bagi kita ambik lah”, aku boleh pulak Tanya “dulu akak ngundi pangkah parti mana?”, jawapan yang dia bagi memang tak berapa masuk akal bagi aku. “ akak baru sekali ngundi dik. Tu pun dah lama, akak tak ingat dah bila, Cuma waktu tu orang pegi ambik kat rumah”. Jadi kalau dikira duit itu duit ini yang dianjur oleh orang-orang parti yang jelas-jelas buat pancing undi jadi membazir lah. Jadi aku pun diam tak dapat kata apa-apa. Cuma senyum saja lah tanda aku ni masih banyak kena Tanya.
Seronok jadi rakyat bila ada pemimpin berlumba buat kebajikan. Yang ni buat duit ibu tunggal yang ni pun buat.. dah dua kali dapat. Yang ni duit anak yatim yang ni pun duit anak yatim lagi dua kali. Biasanya ibu tunggal memang ada anak yatim dok dengan dia. Orang sama lagi. Kalau pakat nak bagi duit ikhlas tak ikhlas memang tak penting. Yang aku tau biar lah sebab ada yang dapat faedahnya.
Akal orang kampung senang kena beli, senang kena gula. Ok lah sebab nak beli kena pakai duit, nak gula kan orang pun bukan pakai gula awak tau tapi pakai duit jugak. Yang tak syoknya akal orang kampung kena tipu dengan cerita-cerita dongeng. Yang ni kata macam ni yang ni kata macam tu. Aku sendiri pun ada yang aku suka pasal biru hijau ni tapi aku ingat tak naklah masuk sebelah. Bagi aku mengundi ni wajib dan biarlah kita buat pilihan dengan tepat. 
Yang betul pada aku dalam berkempen ni kalau bolehlah jangan di aib kan pihak lawan kita dengan cerita aib. Jangan pulak dok kata kerajaan zalim lah itu lah. Yang betul tunjukkan yang baik dari pihak kita. Pakat-pakat tunjuk baik. Macam bagi duit tu ok lahhh. Tak payah cakap rasuah lah kawan. Semua pun buat. Yang penting rakyat rasa syok. Yang dikatakan makmur puncanya pun sebab rakyat rasa syok. Tak gitu. Yang aku takut jenis yang jual Negara, jual rakyat untuk syok diri sendiri. Tu tak masuk yang jual tanah mak ayah lagi. Kalau aku pnjangkan nanti kata aku ni orang nil ah orang tulah. Tak syok lah pecah rahsia sendiri.
Aku ni cakap je. Bukan golongan bijak pandai pun. Bukan berjawatan apa-apa pun. Kalau dalam askar kira prebet lah. Kalau berperang pun mati dulu. Tapi aku sayang kat tanah air kita. Aku sayang kat Negara aku ni. Aku tak nak ada yang jual tak pasal-pasal. Sekian wassalam.

Tuesday, 29 May 2012

Dikenali sebagai Lorquin's admiral. Cantik serta sangat mengujakan. Ditemui oleh Pierre Joseph Michel Lorquin, seorang Perancis yang datang ke California semasa era "Go West", dari Family Nymphalidae dan Genus Limenitis. Spesies ini dikenali sebagai L.lorquini.

Wednesday, 23 May 2012


RAMA-RAMA DAN KUPU-KUPU

Indahnya dunia ciptaan Tuhan ini, saya suka berjalan dan melihat makhluk-makhluk yang kadang-kadang kita tidak peduli pun. Suatu hari saya melihat seekor kupu-kupu yang cantik terbang dan akhirnya terbakar melanggar api. esoknya saya terus mencari dan melihat rama-rama (keluarga agaknya dengan kupu-kupu). Bukan untuk kajian pun, cuma sekadar suka-suka. Kalau nak diikutkan kira hobi jugak lah.

Setelah hari-hari yang tak berapa indah itu berlalu, saya pun mula minat dengan dunia rama-rama ini. dari segi Sains semua rama-rama dan kupu dalam Class Insecta dan Order Lepidoptera. 

Banyak Spesies rama-rama yang dikenal pasti, memang banyak kajian mengenai rama-rama dibuat kerana banyak peminat rama-rama ni. Mari kita sama-sama lihat apa yang menarik dan tak menariknya Rama-rama.

1. ANISE SWALLOWTAIL

Dinamakan sedemikian mungkin kerana bentuk ekornya seperti burung layang-layang. Nama melayu tidak ada kerana spesies ini hanya terdapat di British Columbia, North Dakota, Semenanjung California dan sebahagian Mexico. dari Family Papilionidae dan Genus Papilio. Nama penuh saintifiknya P. zelicaon atau Papilio zelicaon.

Nampak macam pernah nampak saja. Tidak sayang. Kat kampung awak tak ada spesies ni. jadi jangan mimpi lah.

2. CABBAGE WHITE
Jenis yang kedua pula ialah sejenis kupu-kupu, rasa saya lah. Biasanya kalau kurang cantik kita panggil kupu-kupu saja kan? Family Pieridae, Genus Pieris, nama penuhnya Pieris brassicae, atau biasa ditulis sebagai P.brassicae.

Agak menarik juga kupu-kupu ni, jenis ini banyak terdapat di Afrika Utara, Eropah, Pergunungan Himalaya dan Asia. Yang ni agaknya memang pernah jumpa. Bagi yang pernah, emailkanlah gambar kat saya. mungkin warnanya tak putih sangat kerana biasanya kalau orangpun kena panas tak berapa putih kan?

3. COMMON BRANDED SKIPPER

Dengan sayap kembar nampak macam tak menarik pun. Badannya pun besar dan tidak menarik seperti dua spesies awal tadi. Dari Family Hesperiidae dan Genus Hesperia dan dinamakan sebagai H.comma.

Yang ni memang tidak pernah jumpa dekat belakang rumah anda. Jenis ini biasa terdapat di Jepun, China, Artic dan bahagian-bahagian sejuk di Hemisfera Utara.


4. GREY HAIRSTREAK
Yang ini lebih cantik. Ditambah dengan gambar jarak dekat dengan bunga pink. Dinamakan grey tapi warnanya putih. Entahlah.

Dari Family Lycanidae dan Genus Strymon, spesies ini dinamakan sebagai L.melinus.

Tak payah nak ingat nama-nama spesies ni pasal itu semua kerja orang sains atau nama lainnya saintis. bagaimana pun kita nak bezakan orang dengan nama kan? Kalau ada yang buat koleksi eloklah namakan cara sains. baru kelasss.

Spesie ini banyak terdapat di sekitar Dataran Prairre.

Saya ingat nak dapat maklumbalas lah mengenai artikel rama-rama ni. dari kita mengeji mengata orang yang jelas-jelas sebahagian dari makhluk Allah lebih baik lagi kita memuji ciptaan Nya yang indah. nanti menyusul lagi spesies-spesies yang lain. Insya Allah.